من يرد الله به خيرا يفقهه في الدينMaksudnya: Sesiapa yang Allah taala inginkan kebaikan padanya maka Allah taala akan jadikan dia salah seorang ulama umat.
Friday, September 11, 2009
Muhasabah untuk para Azhari
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدينMaksudnya: Sesiapa yang Allah taala inginkan kebaikan padanya maka Allah taala akan jadikan dia salah seorang ulama umat.
tokoh sunnah- Habib Muhammad bin sayyid Alawi al-Maliki
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir duaratus ribu pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh ribuan manusia dengan diimamkan oleh Imam Subayl.
Kemudian jenazahnya diiringi oleh ribuan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, juga diiringi oleh ribuan manusia dengan laungan tahlil dan takbir, Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kederaan dek kerana dibanjiri oleh manusia. Dikatakan hampir 500 orang tentera dikerah untuk mengawal ribuan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Kemulian yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini.
Dikhabarkan bahwa sebelum beliau رضي الله عنه meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Mekah pada bulan Ramadhan ini. Apabila muridnya menjawab tidak, Sayyid Muhammad berkata: Tidakkah engkau mahu menghadhiri pengebumianku? Allahu Allah.
aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata
aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.
aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan
أحب الصالحين ولست منهملعلي أن أنال بهم شفاعة
kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itumudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at
*******************
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.
الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني
Sunday, September 6, 2009
Lagi Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna
Kami beriktiqad bahawa hukum2 Islam dan pengajarannya adalah syumul yang mengatur urusan manusia dunia dan akhirat.Mereka yang menyangka pengajaran Islam dalam ruang lingkup ibadah dan kerohaniannya sahaja adalah silap sangkaannya itu.Ini kerana Islam adalah akidah,ibadah,tanah air dan bangsa,agama dan Negara, kerohanian dan amalan, mashaf dan mata pedang.
Al-Quran menerangkan kesemua ini dan ini adalah pati Islam dan ketulinannya.Dalam surah al-Qasas:77 Allah berfirman: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu”.
Dalam al-Quran ada ayat akidah dan ibadah seperti Firman Allah dalam surah al-Bayyinah:5: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
Ada pula ayat hokum, perundangan dan politik seperti firman Allah dalam surah an-Nisa’:65: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.
Ada pula ayat hutang dan perniagaan seperti dalam surah al-Baqarah:282: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan”.
Ada pula ayat jihad dan peperangan seperti dalam surah an-Nisa’:102: “Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan shalat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (shalat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap siagalah kamu”.
Apabila engkau hanya terima Islam dari segi ibadah sahaja dan menolak system Islam yang lain maka bacalah firman Allah dalam surahal-Baqarah:85: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”.
Saturday, September 5, 2009
Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna-Adakah Memadai mengakui Kesyumulan Islam Tanpa beramal dengannya
-Sekiranya kemampuannya tidak mampu untuk melaksanakan baki unsur2 Islam yang lain maka dia mesti membantu orang yang memperjuangkan kesyumulan Islam, menyokong mereka dan membantu mereka sekadar termampu.
-Adapun sekiranya dia menentang orang yang memperjuangkan Islam yang syumul ataupun tidak mahu membantu dan menyokong mereka maka dia adalah tercela tanpa syak lagi.
-Sekiranya dia berkemampuan untuk memberikan saham dalam perjuangan Islam namun dia tidak melaksanakannya kerana mengutamakan keselamatan dan afiah dan takutkan kesusahan dan kepayahan dalam berjuang maka tiadalah baginya keselamatan dan afiah.
-Sesungghnya dakwah kepada kefahaman yang syumul dan beramal dengannya beserta mengakuinya adalah usul yang sabit(tetap) dan selain daripada itu dikira kecuaian dalam perjuangan Islam yang murni ini.
Adakah kita telah menunaikan hak Islam sekiranya kita hanya memadai dengan mengetahui dan mengakui kesyumulan Islam tanpa beramal dan berdakwah kepadanya?
Imam asy-Syahid telah menjelaskan dan menerangkan usul ini kepada setiap jiwa yang ingin memahaminya dalam kebanyakan risalahnya.Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin:
“Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin bukannya Islam yang baru melainkan apa yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad SAW daripada Tuhannya.Terdapat di kalangan Muslimin di sepanjang zaman yang menghadkan Islam pada maksud2 tertentu sahaja.
Ada di kalangan mereka yang melihat Islam hanya dalam konteks ibadat zahir.Jika dia menuanikannya ataupun melihat orang lain melakukannya dia pun akan merasa tenang dan redha dengannya dan menyangka bahawa ia sudah sampai ke tahap pati ajaran Islam yang sebenar.Inilah Islam yang dipandang oleh kebanyakan orang Islam.
Ada pula manusia yang menganggap Islam ialah akhlak yang terpuji dan kerohanian yang tinggi.Ada pula yang melihat Islam sebagai sejenis akidah yang diwarisi dan amalan2 warisan yang tidak ada nilai kemajuan.Hanya sebahagian umat Islam sahaja yang mengetahui Islam sebagai hakikatnya yang betul.
Oleh kerana kefahaman manusia yang berbeza tentang Islam inilah menjadi sebab berlakunya salah faham kepada gerakan Ikhwanul Muslimin.Ada di kalangan mereka yang menggambarkan Ikhwanul Muslimin sebagai jamaah nasihat irsyadiyyah yang memberi panduan kepada manusia dengan syarahan agama dan mengingatkan mereka tentang akhirat.Ada yang memahami Ikhwanul Muslimin sebagai Tariqat Tasawuf yang mengajar manusia berzikir dan beribadah dan sebagainya dalam ilmu tasawuf.Ada pula yang menyangka jamaah ini adalah jamaah pengkajian feqah.Hanya sebahagian manusia sahaja yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan mengetahui hakikatnya yang sebenar dan memahami dakwah jamaah tersebut adalah ilmu dan amal, teori dan praktikal.
(akan bersambung)
Friday, September 4, 2009
Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu Tasawuf
Dan kata Abu ad-Darda ra: "Demi Tuhanku, bahawasanya aku belajar ilmu akan suatu masalah itu terlebih kasih kepada aku daripada mendirikan ibadat semalam-malam".
Dan kata Imam 'Atha ra: "Perhimpunan orang yang duduk belajar ilmu itu iaitu menghapuskan akan 70 perhimpunan orang yang duduk di tempat orang yang bermain-main".
Dan kata Sayyidina Omar ra: "Mati seribu orang yang abid yang mendirikan ibadat semalam-malam dan puasa sehari-hari itu terlebih mudah daripada mati seorang yang alim yang mengetahui ia akan barang yang dihalalkan Allah dan yang diharamkanNya".
Dan kata Imam Syafi'i ra: "Menuntut ilmu itu terlebih afdhal daripada berbuat sembahyang sunat".
Dan dari kerana inilah berkata Imam Malik ra: "Barangsiapa menuntut ilmu tasawuf dan tiada ia mengetahui ilmu fiqah yang fardhu 'ain itu maka bahawasanya ia jadi zindik. Dan barangsiapa menuntut ilmu fiqah dan tiada menuntut ilmu ilmu tasawuf maka bahawasanya ia jadi fasiq. Dan barangsiapa menghimpunkan antara keduanya maka bahawasanya jadilah ia ulama yang muhaqqiq yang Arif Billah Taala, iaitulah yang bernama ulama ahli sufi yang menghimpunkan mereka itu antara syariat, tariqat dan hakikat".
Dan kerana inilah berkata Syeikh al-Arif Billah al-Alim ar-Rabbani Husain bin Abdullah Ba-Fadhal ra di dalam kitabnya yang bernama al-Fusul al-Miftahiyyah Wan-Nafahat ar-Ruhiyyah dengan katanya: "Sesungguhnya telah tetap mazhab ahli sufi pada hari ini yakni pada masa sekarang ini seperti tetap segala mazhab(yang 4 itu) dan jadilah ia seolah-olah mazhab yang mustaqil(Berdiri sendiri) dengan usulnya yakni ilmu Usuluddin dan furu'nya yakni ilmu fiqah dan segala hukumnya yakni segala hukum haram dan halal dan hukum batal dan sah dan barang yang bergantung dengan dia.Maka barangsiapa berkehendak akan mengetahui segala hakikat ilmu itu dan berkehendak memahami akan barang yang di dalamnya itu nescaya kuasa ia atasnya dengan membaca segala kitab yang dikarang oleh masyayikh(guru2) ahli sufi dan kuasa ia memuthala'ah akan segala kitab yang dikarang oleh mereka itu di dalam ilmu tasawuf atas sempurna pengetahuannya.Kerana di dalam segala kitab karangan ahli sufi itu telah terhimpun ilmu Usuluddin dan ilmu fiqah dan ilmu tariqat dan ilmu hakikat.Dan ilmu yang menghimpunkan di dalamnya akan segala ilmu yang tersebut ini iaitu dinamakan akan dia ilmu tasawuf yang sebenar-benarnya".
Isi Khutbah Jumaat hari ini
Khatib tu sebut dua2 puak Islam dan kafir masing2 berdoa kepada Allah.Nabi SAW berdoa:"Ya Allah, sekiranya kau hapuskan kami maka engkau tidak akan disembah lagi"
Manakala kaum kafir pula berdoa: "Ya Allah, hapuskan mereka.Sesungguhnya mereka telah memecah belahkan kaum kami dan membawa ajaran baru".(Hmm, rupanya Nabi SAW pun dituduh pemecah belah dan pengkhianat bangsa)
Tentera Muslimin diketuai sebaik2 makhluk iaitu Rasulullah SAW dan turut disertai sebaik2 malaikat iaitu Jibril.Manakala tentera kafir diketuai sejahat2 manusia pada waktu itu iaitu Abu Jahal dan disertai sama oleh sejahat2 makhluk iaitu Iblis.
Nabi SAW tak berdoa supaya dipertahankan anak dan isteri daripada menjadi tawanan musuh.Baginda juga tidak berdoa supaya Allah mempertahankan Bumi Madinah sebaliknya berdoa supaya Allah akan terus disembah.Walaupun mempertahankan nyawa, keluarga dan negara dituntut namun tuntutan akidah lebih penting daripada segalanya.
Thursday, September 3, 2009
Menuntut ilmu
Akhbar Malaysia Perlu Lebih Teliti Untuk Keluarkan Berita Tentang Hukum-Hakam..Jangan Buat Fitnah Pada Darul Ifta'..
Bila saya sebutkan mutu penulisan ilmiyah dan berita di dalam akhbar Malaysia tidak memuaskan, ada yang terasa hati. Mengapa perlu terasa? Saya cuma menyampaikan pandangan bukannya memaksa untuk orang ramai mengikut pandangan saya.
Lebih menguatkan andaian saya ialah bilamana isu Darul Ifta’ Misriyyah(Institusi Fatwa Mesir) mengeluarkan kenyataan bahawa dibenarkan untuk pemain bola sepak kebangsaan Mesir berbuka puasa untuk perlawanan Kejohanan Remaja Dunia bawah 20 tahun.
Usul pertama Imam Hassan al-Banna(2)
89. (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.
Apabila kita mengkaji Quran dan Sunnah kita dapati banyak ayat2 dan hadis menceritakan tentang akidah, ibadat dan akhlak ... dan berhukum dengan apa yang diturunkan Allah ... serta jihad dan urusan harta dan perniagaan ... bahkan seluruh sistem kehidupan.
Dalam surah al-Baqarah:178: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh"
surah al-Baqarah:180: "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf"
surah alBaqarah:183:"diwajibkan atas kamu berpuasa".
alBaqarah:216:"Diwajibkan atas kamu berperang".
AlBaqarah:282:"apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya".
RISALAH ISRAK MIKRAJ(2)
Nama lain bagi Surah ini ialah surah Subhan dan surah Bani Israil.Surah ini mempunyai 110 ayat.
Munasabah ayat ini dengan ayat terakhir surah an-Nahl ialah siapa yang takutkan Allah dan sampai kepada maqam Ihsan,Allah akan menjalankan ruhnya ke alam malakut dan jabarut.
Ayat ini dimulakan dengan tanzih supaya orang awam tidak menyangka Allah berada di tempat khusus.Maha Suci Allah daripada berhajat kepada tempat.Juga tanzih daripada sifat lemah Allah daripada membuat keajaiban seperti Israk Mikraj ini.Tanzih segala zat, sifat,perbuatan,nama-nama,dan hukum Allah daripada sebarang kekurangan dan kelemahan.Kalimah Subhan tidak boleh diguna kecuali untuk Allah.
Israk untuk ahli alam ‘ulwi(langit) mengambil faedah sebagaimana ahli alam sufli(bumi) mengambil faedah dengan pengutusan baginda.Israk Mikraj berlaku dengan ruh dan jasad mengikut pendapat muktabar.
Ibnu Ajibah mengatakan Israk Mikraj berlaku 2 kali iaitu sekali dengan jasad dan sekali dangan ruh.Kalau dengan ruh(mimpi) nescaya kaum Musyrikin tidak mengingkari perkara ini.Israk Mikraj merupakan Khususiat Nabi SAW yang tidak berlaku kepada para Nabi yang lain.
Sebahagian ulama sufi mengatakan Allah ibaratkan dengan Abd(Hamba) dan bukan dengan Nabi dan Rasul untuk menunjukkan sesiapa yang sempurna ubudiahnya akan mendapat habuan Israk.Cuma Israk dengan jasad khas untuk Nabi SAW.Para wali Israk dengan ruh.Dan Israk berlaku pada waktu malam untuk lebih memberi kesan sewaktu munajat sebagaimana tahajjud.Hamba juga adalah maqam yang paling mulia di sisi Allah.Ada sebahagian ulama berpendapat kalimah hamba digunakan supaya umat Islam tidak sesat seperti Kristian yang mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan atau anak tuhan.
Imam Qusyairi mengatakan Nabi SAW diutus ke bumi untuk diajar ibadah dan diutus ke langit pada malam Israk Mikraj untuk diajar adab ibadah.
Faedah sebut Lailan(malam) untuk taqlil iaitu perjalanan yang mengambil masa 40 malam dilalui Nabi SAW kurang daripada satu malam(4 jam,3 jam atau kurang).
Hikmah dibawa ke Baitul Maqdis ialah tempat pertemuan para Nabi dan turunnya wahyu.
Masjidil Haram waktu itu sekadar tempat tawaf sekarang.Ia diluaskan oleh para Khalifah dan orang pertama yang melakukannya ialah Sayyidina Umar.
Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Adam selepas 40 tahun baginda menbina Ka’bah.Ia merupakan Masjid pertama selepas Masjidil Haram dan kiblat pertama umat Islam dan kiblat para Nabi sebelum ini.Dinamakan Maqdis(suci) kerana tidak pernah didirikan berhala di situ..
Ia mempunyai keberkatan dunia dan agama.Keberkatan dunia ialah buah-buahan serta tanaman yang subur serta sungai-sungai yang cantik.Keberkatan agama pula ialah ia tempat turun wahyu dan tempat ibadat para Nabi.
Pada malam Israk,diperlihatkan kepada Nabi SAW sebahaian keajaiban Allah sebagaimana Malakut yang diperlihatkan kepada Nabi Ibrahim adalah sebagian ayat Allah.Antaranya ialah berlaku ijtimak dengan para Nabi dengan jasad dan ruh mereka,para malaikat dan ruh muslimin umat yang lepas.
4 perkara penting dalam Israk ialah Ijtimak dengan para Nabi,Mikraj ke langit hingga Sidratul Muntaha,keajaiban alam malakut dan munajat Nabi SAW dengan Allah.Malakut ialah alam ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka.
Nabi SAW menjadi Imam solat kepada para Nabi.Ini menunjukkan kelebihan Nabi SAW berbanding dengan para Nabi lain dan risalahnya menasakhkan syariat yang terdahulu.
Nabi SAW pilih susu(fitrah) dan bukannya arak ketika diberi pilihan untuk minum.Ini sebagai simbol agama Islam adalah agama fitrah.
Langit pertama jumpa Nabi Adam.Nabi Adam ketawa melihat anak cucu di sebelah kanan(ahli syurga) dan menangis tengok anak cucu di sebelah kiri(ahli neraka).
Langit kedua jumpa Nabi Yahya dan Nabi Isa.Nabi Isa diberikan sifat malaikat iaitu tidak makan,minum dan tidur.
Langit ketiga jumpa Nabi Yusuf.
Langit keempat jumpa Nabi Idris iaitu orang pertama yang menjahit baju dan pakaian.
Langit kelima jumpa Nabi Harun.
Langit Keenam jumpa Nabi Musa.Nabi Musa menangis sebab umatnya yang masuk syurga sedikit saja berbanding umat Nabi SAW malah Nabi Musa mohon kepada Allah supaya menjadi umat Nabi kita SAW.
Langit ketujuh jumpa Nabi Ibrahim.
Mula-mula difardukan 50 waktu.Nabi Musa suruh Nabi SAW minta kurang dengan Allah sampai jadi 5.Umat Nabi Musa difardukan solat 2 rakaat waktu pagi, 2 rakaat tengah hari dan 2 rakaat waktu malam.
Nabi lihat Allah sebanyak 10 kali dalam Israk Mikraj.Nabi Musa minta lihat Allah tapi tak dapat.
Wednesday, September 2, 2009
Antara ilmu bermanfaat ialah ilmu tasawuf
“Kelebihan orang yang alim atas orang yang ‘abid itu seperti kelebihanku atas sekurang2 laki2 daripada sahabatku”.
Diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Hasan Sohih.
Dan yang dimaksudkan dengan orang yang alim itu iaitu orang mengetahui ilmu tariqat dan ilmu hakikat.Dan yang dimaksudkan dengan orang yang ‘abid itu iaitu orang yang mengetahui ilmu syariat jua yakni ilmi fiqah.Kerana orang yang jahil akan ilmu itu tiada dinamakan ‘abid kerana ibadatnya itu tiada sah melainkan dengan ilmu.Dan telah maklum bahawasanya ilmu tariqat dan hakikat itu terlebih darjatnya daripada ilmu fiqah dan ilmu usuluddin seperti yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali ra di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran.
Dan hasil daripada perkataan Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran bahawasanya ilmu tariqat dan suluk itu dinamakan ilmu tasawuf iaitu terlebih tinggi dan terlebih mulia daripada ilmu fiqah dan ilmu kalam iaitu ilmu usuluddin.Dan yang terlebih tinggi dan mulia daripada segala ilmu itu ialah ilmu ma’rifat billah dan dinamakan ilmu hakikat.
Adapun ilmu tariqat dan suluk itu ialah jalan kepada mengetaui ilmu hakikat itu iaitulah dinamakan “al-ilmu an-Nafi’”.Yakni ilmu yang memberi manfaat di dalam akhirat dan dinamakan pula akan dia ilmu batin.
Kata al-Arif BILLAH Sayyid Abdullah b Alwi al-Haddad ra di dalam kitabnya yang bernama “al-Fushulul Al-Ilmiyah Wal Usulul Hukmiyah”:
“Kemudian daripada itu bahawasanya apabila engkau tilik kepada barang yang dikarang oleh Aimmatuddin yakni ulama ahli sufi, iaitu daripada segala kitab yang memberi manfaat pada agama di dalam akhirat nescaya tiada engkau lihat akan suatu daripadanya yang terlebih menghimpunkan bagi segala ilmu yang memberi manfaat itu daripada segala kitab Imam Hujjatul Islam al-Ghazali ra, iaitu seperti kitab Ihya Ulumiddin dan Arba’in fil Usul dan Minhajul ‘Abidin dan Bidayatul Hidayah.Dan hal ini diketahui oleh orang yang memikirkannya dan melihat di dalamnya itu daripada ahli haq dan ahli insaf yakni orang yang adil dan orang yang mempunyai mata hati dalam agama.Dan tiada ingkar akan demikian itu melainkan orang yang dungu lagi jahil atau ulama rasmi mutajahil(pura2 tidak tahu) iaitu ulama zahir yang telah memperdaya akan dirinya dan lalai ia daripada tempat kembalinya(negeri akhirat).Maka mudah-mudahan Allah Taala dengan anugerahNya memberi ilham akan kita akan petunjukNya dan memeliharakan akan kita daripada kejahatan diri kita dan daripada kejahatan amalan kita.Dan tiada daya daripada menjauh maksiat dan tiada kuat pada berbuat taat melainkan dengan pertolongan Allah Taala jua”.
Dan kata Syeikh Ibnu ‘Abbad ra di dalam syarah Hikam ia naqal daripada Ibnu ‘Athaillah ra:
“Ketahui olehmu bahawasanya kelebihan ilmu yang berulang2 di sebut di dalam Quran yang mulia dan di dalam hadis Nabi SAW hanya sesungguhnya yang dimaksudkan dengan dia itu iaitu ilmu yang memberi manfaat yang menyertai akan dia takut akan Allah Taala dan melengkapi akan dia itu haibah kepada Allah Taala seperti firman Allah Taala (dalam surah Fathir:28) : “Hanyasanya mereka yang takut akan Allah Taala itu iaitu daripada hambaNya yang ulama”.Maka menyatakan Ia akan bahawasanya takut itu melazimkan akan ilmu dan difaham daripada ini bahawa ulama itu hanyasanya mereka itulah orang yang takut akan Allah Taala.Dan demikian lagi firman Allah Taala(dalam surah al-Qashash:80) : “Dan berkata mereka yang mempunyai ilmu”.Dan firman Allah Taala(dalam surah Thaha:114): “Kata olehmu ya Muhammad tambahi olehMu wahai Tuhanku akan ilmuku”.Dan demikian lagi sabda Nabi SAW : “Bahawasanya segala malaikat itu merendahkan akan sayapnya itu kerana membesarkan orang yang menuntut ilmu”. Dan sabda Nabi SAW: “Ulama itu mempusakai akan anbia”.Dan sabda Nabi SAW : “Orang yang menuntut ilmu itu telah mengakui(menjamin) oleh Allah Taala dengan rezekinya”.
“Maka hanya sesungguhnya yang dimaksudkan dengan ilmu pada segala tempat ini, yakni pada segala ilmu yang tersebut di dalam Quran dan segala yang tersebut di dalam hadits Nabi SAW itu iaitu semuanya dikehendaki dengan dia itu ilmu yang memberi manfaat pada agama dan di dalam akhirat.”
Dan dari kerana inilah kata Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili ra: “Barangsiapa yang tiada masuk mengetahui di dalam ilmu ini yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar pada hal tiada ia mengetahui akan yang demikian itu”.
Dan lagi kata Syeikh Ibnu ‘Abbad ra dalam Syarah Hikam: “Dan segala ilmu ini yakni ilmu tasawuf, iaitulah sayugia bagi seseorang bahawa mengkaramkan(menghabiskan) di dalam menuntutnya akan umurnya yang lanjut itu dan jangan ia merasa memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai ia dengan sedikit.Dan ilmu yang lain daripada ilmu tasawuf ini terkadang tiada ia berkehendak kepadanya dan terkadang memberi mudharat ia akan orang yang mempunyai ilmu itu pada mengekali ia atasnya dan bahawasanya telah minta peliharakan Rasulullah SAW dengan Allah Taala daripada ilmu yang tiada memberi manfaat itu seperti yang tersebut di dalam hadis yang masyhur daripadanya iaitu sabda Nabi SAW: “Aku minta peliharakan dengan Allah Taala daripada ilmu yang tiada memberi manfaat”.
Dan lagi kata Syeikh Ibnu Abbad ra: “Dan ketahui olehmu bahawasanya telah dating di dalam Quran dan hadis Nabi SAW beberapa banyak daripada kelebihan ilmu dan ulama yang tiada dapat dihinggakan akan banyaknya.Dan tiada diharap hasil yang demikian itu melainkan bagi orang yang sahih(benar) niatnya.Dan benar niatnya pada demikian itu bahawa adalah qasadnya(tujuannya) di dalam menunutut ilmu itu iaitu kerana menuntut keredhaan Allah Taala dan kerana mengamalkan akan dia pada barang yang memberi manfaat padanya di dalam akhirat dan kerana mengisyaratkan yakni menghendaki ia keluar daripada kelam jahil kepada nur ilmu.Maka inilah niat yang sahih yang dipuji atas kesudahannya itu di dalam akhirat dan diambil faedahnya itu di dalam dunia untuk memperbuat ibadat.Yakni disegerakan akan faedah ilmu itu di dalam dunia dengan berbuat ibadat dan ditangguhkan faedah ilmu itu di dalam akhirat dengan beberapa pahala”.
Syeikh Yusuf an-Nabhani
Tuesday, August 25, 2009
Pesanan Jibril Kepada Nabi Muhammad SAW
Monday, August 24, 2009
Usul pertama Imam Hassan al-Banna
Usul ini adalah berkenaan hakikat penting daripada hakikat2 Islam iaitu “kesyumulan Islam meliputi seluruh kehidupan”.Hakikat ini terang-terangan diketahui oleh orang yang mempunyai kesedaran dan pemahaman tentang Islam.Dalil2 syumulnya Islam daripada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya tidak terhitung banyaknya.
Namun begitu, perkara ini dipandang amat ganjil di sisi masyarakat Islam sewaktu Imam al-Banna menyatakan seruannya ini.Hatta di Negara kita pun terdapat orang yang memperlekehkan hokum Islam sehingga terdengar suara yang mengatakan perkataan politik mestilah dibuang atau diletak di luar pagar masjid.
Malah dipandang ganjil oleh sebahagian pertubuhan Islam yang menganggap Islam hanya juzuk tertentu seperti ibadah khusus sahaja.Dipandang ganjil oleh parti politik secular yang memisahkan agama daripada siasah dan menganggap kedua-duanya(yakni politik dan agama) tidak boleh bersatu.Sedangkan Imam al-Ghazali menyatakan dalam Ihya’ Ulumiddin: “Kerajaan dan agama adalah kembar.Agama adalah usul dan sultan adalah pengawal agama.Sesuatu yang tidak ada asal akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal maka akan rosak”.
Prinsip kesyumulan Islam juga dipandang ganjil oleh masyrakat awam muslimin dan para pemerintah kerana jauhnya kehidupan mereka daripada mutiara Islam yang sebenar.Malahan ia dipandang ganjil oleh sebahagian ulama’ sedangkan dalil2 kesyumulan Islam terang-tengan berada di tangan dan di depan mata mereka.
Di tengah2 keganjilan ini Imam asy-Syahid menerangkan hakikat ini dan menyeru umat Islam melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin.Beliau cuba menjadikan teori kesyumulan Islam sesuatu yang praktikal dalam reality masyarakat.Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menetapkan perkara ini dalam jiwa muslimin dan menerimanya sebagai satu manhaj hidup.
Sesiapa yang memerhatikan suasana masyarakat pada waktu itu dapatlah mengetahui nilai usul ini.Antaranya ialah pemikiran secular menyelinap masuk ke dalam minda sebahagian pelajar universiti, penulis dan ahli sastera.Pemikiran ini bersarang dalam pemikiran mereka dan berkembang sehingga mereka mengingkari kesyumulan Islam dan jadilah Islam itu terbatas dalam ruang lingkup ibadah khusus.Tiada lagi hubungan Islam dengan siasah dan hokum serta ekonomi dan kemasyarakatan dan seluruh aspek kehidupan yang lain.Maka dating Imam asy-Syahid menggerakkan umat Islam dan menjelaskan kepada mereka supaya mereka bangun,bergerak dan mengamalkan Islam sepenuhnya dari sekecil2 siwak hingga kepada jihad.
Saya mengajak para pendengar yang cukup tebal dengan pegangan "Hadith Dhaif adalah ditolak" mendengar ucapan ulama besar. Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.Cuma maaf sebab pengajian ini dalam bahasa Arab tanpa alih bahasa.
Tapi kawan-kawan yang terkesan dengan al-Wahhabiyyah insyaallah pandai berbahasa Arab kerana mereka mampu untuk terus mencari hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah di samping untuk mengkaji darjat sesuatu hadith sebagaimana yang diceburi oleh para mujtahid sahaja satu ketika dahulu.
Maaf pada semua kalau tak bersetuju dengan tindakan saya yang banyak membincangkan kecelaruan Salafiah atau Wahabiah. Saya merasakan peri pentingnya kita membersihkan cara pemikiran muslim agar bertepatan dengan disiplin ilmu Islam yang murni. Maaf sekiranya saya menyatakan satu kesimpulan bahawa:masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian.
************Agar faedah ucapan Mufti Mesir ini dapat dinikmati oleh seluruh pembaca, saya telah membuat beberapa kesimpulan daripada kalam beliau.Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat saya paparkan para saudara pembaca hasil daripada syarahan Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah (Mufti Kerajaan Mesir) di atas:
1) Meninggalkan seluruh hadith dhaif adalah BID`AH yang tidak pernah dibuat oleh umat Islam sebelum ini.
2) Hadith Dhaif boleh digunakan dengan beberapa syarat:
• Hadith tersebut tidaklah disandarkan kepada Rasulullah (kita tidak boleh menyatakan bahawa matan hadith tersebut adalah kalam Rasulullah secara yakin 100% kerana hadith tersebut tidak mencapat tahap hadith Sahih atau Hasan)
• Hadith Dhaif tersebut tidak boleh terlalu dhaif
• Tidak ada hadith lain yang membicarakan sesuatu bab melainkan hadith dhaif tersebut.
• Hadith Dhaif tersebut tidak bercanggah dengan perkara-perkara pokok dalam agama Islam
• Hadith Dhaif tersebut adalah digunakan hujah dalam Fadha`il A'mal
3) Fikrah yang dipegang oleh golongan Wahabi hasil daripada idea Syeikh Albani yang mahu agar hadith dhaif dibuang di dalam tong sampah adalah satu pandangan yang BID`AH.
4) Hujah bahawa tokoh ulama berikut menolak hadith dhaif adalah salah sama sekali. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah:
• al-Imam al-Bukhari: Beliau sendiri mengarang beberapa buku dan memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam buku-buku tersebut seperti kitab al-Adab al-Mufrad.
• Abu Syamah al-Maqdisi: Beliau telahpun mengarang satu buku yang berjudul al-Bahis `Ala Inkar al-Bida' Wa al-Hawadith (الباعث على إنكار البدع والحوادث) telah menggunakan hadith dhaif ketika berhujah.
• Ibnu Hazm al-Zohiri: Kitab al-Muhalla yang dikarang oleh beliau penuh dengan hadith-hadith yang dhaif.
• Abu Bakr bin al-Arabi: Beliau telah berhujah dengan menggunakan hadith dhaif di dalam kitab beliau Ahkam al-Qur`an.
5) Golongan Wahabi berhujah bahawa al-Imam Muslim menyatakan di dalam muqaddimah kitab beliau iaitu Sahih Muslim bahawa hadith dhaif tidak boleh dipakai sama sekali. Dr. Ali Jum`ah mempersoalkan golongan Salafi/Wahabi mengapa mereka hanya berpegang dengan kalam al-Imam Muslim ini sahaja dan menolak pandangan ribuan para ulama yang lain yang membenarkan berhujah dengan hadith Dhaif. Bagi Dr. Ali Jum`ah, ini tidak lain dan tidak bukan kerana pandangan al-Imam Muslim bertepatan dengan hawa nafsu mereka.
• Hadith dhaif yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di kalangan kamu apabila dia bekerja, dia bekerja dengan penuh tekun.
• Hadith dhaif yang bermaksud: Bersihkanlah halaman rumah kamu semua.
Sunday, August 23, 2009
Dato' Fadzil Noor
Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.
Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).
Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.
Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan memenangi kerusi DUN Anak Bukit.
Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.
Friday, August 21, 2009
Usul 20 Imam Hassan Al-Banna
“Rukun baiah kita sepuluh.Peliharalah rukun2 tersebut iaitu: Faham,ikhlas,amal,jihad, pengorbanan, taat, tetap pendirian, tajarrud,persaudaraan dan thiqah.”
Kemudian Imam merumuskan rukun faham kepada 20 usul seperti di bawah:
1. Islam adalah satu system yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup.
Monday, July 20, 2009
Tuan Guru Yusuf Rawa
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي) atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (6 Mei 1922 - 28 April 2000) dikenali sebagai tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS.
Beliau dikagumi kerana mindanya yang tajam boleh mengupas segala persoalan walau pun ia rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon kemudian berpindah ke Sekolah Charausta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Goument English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.
Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas memperolehi semua impian tersebut beliau kembali ke tanah air membantu meningkatkan perniagaan ayahnya sebelum melibatkan secara langsung dalam politik.
Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.
Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua.
Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau sebulat suara telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesar perubahan dalaman. Ketika memegang peranan besar itu selama beberapa tahun pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan tugasan besar kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali.
Beliau juga pernah menjadi wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menjadi duta Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki ketika penggabungan PAS dalam Barisan Nasional (BN) pada pertengahan tahun 1970-an.