Imam Hasan al-Banna telah merumuskan rukun2 baiah dengan katanya:
“Rukun baiah kita sepuluh.Peliharalah rukun2 tersebut iaitu: Faham,ikhlas,amal,jihad, pengorbanan, taat, tetap pendirian, tajarrud,persaudaraan dan thiqah.”
Kemudian Imam merumuskan rukun faham kepada 20 usul seperti di bawah:
1. Islam adalah satu system yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup.
2. Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum2 Islam.
3. Iman yang benar,ibadat yang sah dan mujahadah merupakan nur dan kemanisan yang dilontarkan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendakiNya.Kasyaf,mimpi,ilham dan lintasan2 hati bukanlah dalil bagi hukum2 syarak dan tidak diambil kira kecuali dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan hokum dan nas agama.
4. Tangkal,jampi,wada’,ar-ramal,maarifah,nujum dan perkara2 yang seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi kecuali tangkal dan jampi daripada ayat2 al-Quran dan jampi yang ma’thurat.
5. Pendapat imam atau penolongnya dalam perkara2 yang boleh menerima andaian dan dalam perkara2 yang berhubung dengan maslahat mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syarak.
6. Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum.
7. Seorang muslim yang ilmunya belum sampai ke peringkat nazhor (mampu memahami dalil2 hukum) mestilah mengikut salah satu imam dalam Islam.
8. Perselisihan pendapat dalam permasalahan cabang fekah tidak seharusnya menjadi sebab perpecahan dalam agama.
9. Membincangkan masalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong ke dalam perkara takalluf (memberat-beratkan) yang ditegah oleh syarak.
10. Mengenal Allah,mentauhidkannya dan membersihkan Allah daripada segala sekutunya adalah akidah Islamiah yang paling tinggi.Ayat2 al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang berhubung dengan sifat2 Allah hendaklah kita terima dengan tidak melakukan sebarang takwil atau membekukan nas2 tersebut.
11. Setiap bid’ah dalam agama Allah tidak mempunyai asas sandaran.Bid’ah ini wajib diperangi dengan cara yang paling bijak.
12. Bid’ah dengan menambah,meninggalkan dan beriltizam dengan ibadah mutlak merupakan masalah khilafiah dalam ilmu fekah.Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri.Tidak menjadi kesalahan dilakukan penelitian untuk mencari hakikat melalui dalil dan bukti.
13. Mengasihi dan menghormati para salihin berdasarkan amal2 saleh yang mereka lakukan adalah satu sudut daripada qurbah(menghampirkan diri kepada Allah).
14. Walau bagaimana pun,menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan syarat menurut cara yang ma’thur (diterima daripada Rasulullah)
15. Mengiringi doa dengan melakukan tawassul kepada Allah melalui makhluknya adalah masalah khilafiah dalam cara berdoa dan bukan tergolong dalam masalah akidah.
16. Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat mengubah pengertian hakiki dan lafaz2 syarak.
17. Akidah adalah asas amal.Amal hati lebih penting daripada amal anggota zahir.Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal dituntut oleh syarak sekalipun taraf tuntutan itu berbeza.
18. Islam membebaskan akal dan mendorong supaya melakukan penelitian dan pengamatan terhadap alam sekeliling.Islam juga mengangkat kedudukan ilmu dan ulamak.Islam juga mengalu-alukan sesuatu yang bermanfaat.
19. Boleh jadi perkara yang dipersoalkan oleh pandangan syariat berbeza dengan pandangan akal,tetapi syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara yang qat’ie (putus). Oleh itu hakikat ilmiah yang sah tidak akan bercanggah dengan kaedah syarak yang tetap.Perkara2 yang zanni (belum nyata dan putus) dari sudut akal hendaklah ditakwilkan supaya sesuai dengan perkara yang telah qat’ie menurut akal.Begitu juga perkara yang zanni pada syarak hendaklah ditakwilkan dengan perkara yang telah qat’ie menurut syarak.Sekiranya pandangan akal dan syarak masih zanni tentang satu masalah maka pandangan syarak seharusnya diutamakan untuk diikuti sehinggalah pandangan akal dapat membuktikan kebenaran atau gugur sendiri kerana kebatilannya.
20. Jangan kamu mengkafirkan seorang muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah dan menunaikan perkara yang difardukan semata-mata kerana pendapat atau maksiat yang dilakukan kecuali beliau mengakui kalimah kufur atau beliau melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain daripada kufur.
No comments:
Post a Comment