Saturday, September 5, 2009

Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna-Adakah Memadai mengakui Kesyumulan Islam Tanpa beramal dengannya

Sesiapa yang melihat Panduan Nabi Saw dan sirah salafus soleh akan mendapati mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan beramal dengannya.Maka barangsiapa yang mengakui kesyumulan Islam tetapi hanya beramal sebahagian dengannya sahaja maka baginya hal2 yang berikut:

-Sekiranya kemampuannya tidak mampu untuk melaksanakan baki unsur2 Islam yang lain maka dia mesti membantu orang yang memperjuangkan kesyumulan Islam, menyokong mereka dan membantu mereka sekadar termampu.

-Adapun sekiranya dia menentang orang yang memperjuangkan Islam yang syumul ataupun tidak mahu membantu dan menyokong mereka maka dia adalah tercela tanpa syak lagi.

-Sekiranya dia berkemampuan untuk memberikan saham dalam perjuangan Islam namun dia tidak melaksanakannya kerana mengutamakan keselamatan dan afiah dan takutkan kesusahan dan kepayahan dalam berjuang maka tiadalah baginya keselamatan dan afiah.

-Sesungghnya dakwah kepada kefahaman yang syumul dan beramal dengannya beserta mengakuinya adalah usul yang sabit(tetap) dan selain daripada itu dikira kecuaian dalam perjuangan Islam yang murni ini.

Adakah kita telah menunaikan hak Islam sekiranya kita hanya memadai dengan mengetahui dan mengakui kesyumulan Islam tanpa beramal dan berdakwah kepadanya?

Imam asy-Syahid telah menjelaskan dan menerangkan usul ini kepada setiap jiwa yang ingin memahaminya dalam kebanyakan risalahnya.Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin:

“Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin bukannya Islam yang baru melainkan apa yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad SAW daripada Tuhannya.Terdapat di kalangan Muslimin di sepanjang zaman yang menghadkan Islam pada maksud2 tertentu sahaja.

Ada di kalangan mereka yang melihat Islam hanya dalam konteks ibadat zahir.Jika dia menuanikannya ataupun melihat orang lain melakukannya dia pun akan merasa tenang dan redha dengannya dan menyangka bahawa ia sudah sampai ke tahap pati ajaran Islam yang sebenar.Inilah Islam yang dipandang oleh kebanyakan orang Islam.

Ada pula manusia yang menganggap Islam ialah akhlak yang terpuji dan kerohanian yang tinggi.Ada pula yang melihat Islam sebagai sejenis akidah yang diwarisi dan amalan2 warisan yang tidak ada nilai kemajuan.Hanya sebahagian umat Islam sahaja yang mengetahui Islam sebagai hakikatnya yang betul.

Oleh kerana kefahaman manusia yang berbeza tentang Islam inilah menjadi sebab berlakunya salah faham kepada gerakan Ikhwanul Muslimin.Ada di kalangan mereka yang menggambarkan Ikhwanul Muslimin sebagai jamaah nasihat irsyadiyyah yang memberi panduan kepada manusia dengan syarahan agama dan mengingatkan mereka tentang akhirat.Ada yang memahami Ikhwanul Muslimin sebagai Tariqat Tasawuf yang mengajar manusia berzikir dan beribadah dan sebagainya dalam ilmu tasawuf.Ada pula yang menyangka jamaah ini adalah jamaah pengkajian feqah.Hanya sebahagian manusia sahaja yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan mengetahui hakikatnya yang sebenar dan memahami dakwah jamaah tersebut adalah ilmu dan amal, teori dan praktikal.

(akan bersambung)

No comments:

Post a Comment