Tadi saya pi dengar khutbah Jumaat kat Masjid Tuan Husin, Titi Gajah,Kedah.Isi khutbah hari ni best.Cerita pasal Perang Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadan.
Khatib tu sebut dua2 puak Islam dan kafir masing2 berdoa kepada Allah.Nabi SAW berdoa:"Ya Allah, sekiranya kau hapuskan kami maka engkau tidak akan disembah lagi"
Manakala kaum kafir pula berdoa: "Ya Allah, hapuskan mereka.Sesungguhnya mereka telah memecah belahkan kaum kami dan membawa ajaran baru".(Hmm, rupanya Nabi SAW pun dituduh pemecah belah dan pengkhianat bangsa)
Tentera Muslimin diketuai sebaik2 makhluk iaitu Rasulullah SAW dan turut disertai sebaik2 malaikat iaitu Jibril.Manakala tentera kafir diketuai sejahat2 manusia pada waktu itu iaitu Abu Jahal dan disertai sama oleh sejahat2 makhluk iaitu Iblis.
Nabi SAW tak berdoa supaya dipertahankan anak dan isteri daripada menjadi tawanan musuh.Baginda juga tidak berdoa supaya Allah mempertahankan Bumi Madinah sebaliknya berdoa supaya Allah akan terus disembah.Walaupun mempertahankan nyawa, keluarga dan negara dituntut namun tuntutan akidah lebih penting daripada segalanya.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment