Wednesday, September 2, 2009

Antara ilmu bermanfaat ialah ilmu tasawuf

Dalam sebuah hadis sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Kelebihan orang yang alim atas orang yang ‘abid itu seperti kelebihanku atas sekurang2 laki2 daripada sahabatku”.

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Hasan Sohih.

Dan yang dimaksudkan dengan orang yang alim itu iaitu orang mengetahui ilmu tariqat dan ilmu hakikat.Dan yang dimaksudkan dengan orang yang ‘abid itu iaitu orang yang mengetahui ilmu syariat jua yakni ilmi fiqah.Kerana orang yang jahil akan ilmu itu tiada dinamakan ‘abid kerana ibadatnya itu tiada sah melainkan dengan ilmu.Dan telah maklum bahawasanya ilmu tariqat dan hakikat itu terlebih darjatnya daripada ilmu fiqah dan ilmu usuluddin seperti yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali ra di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran.

Dan hasil daripada perkataan Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran bahawasanya ilmu tariqat dan suluk itu dinamakan ilmu tasawuf iaitu terlebih tinggi dan terlebih mulia daripada ilmu fiqah dan ilmu kalam iaitu ilmu usuluddin.Dan yang terlebih tinggi dan mulia daripada segala ilmu itu ialah ilmu ma’rifat billah dan dinamakan ilmu hakikat.

Adapun ilmu tariqat dan suluk itu ialah jalan kepada mengetaui ilmu hakikat itu iaitulah dinamakan “al-ilmu an-Nafi’”.Yakni ilmu yang memberi manfaat di dalam akhirat dan dinamakan pula akan dia ilmu batin.

Kata al-Arif BILLAH Sayyid Abdullah b Alwi al-Haddad ra di dalam kitabnya yang bernama “al-Fushulul Al-Ilmiyah Wal Usulul Hukmiyah”:

“Kemudian daripada itu bahawasanya apabila engkau tilik kepada barang yang dikarang oleh Aimmatuddin yakni ulama ahli sufi, iaitu daripada segala kitab yang memberi manfaat pada agama di dalam akhirat nescaya tiada engkau lihat akan suatu daripadanya yang terlebih menghimpunkan bagi segala ilmu yang memberi manfaat itu daripada segala kitab Imam Hujjatul Islam al-Ghazali ra, iaitu seperti kitab Ihya Ulumiddin dan Arba’in fil Usul dan Minhajul ‘Abidin dan Bidayatul Hidayah.Dan hal ini diketahui oleh orang yang memikirkannya dan melihat di dalamnya itu daripada ahli haq dan ahli insaf yakni orang yang adil dan orang yang mempunyai mata hati dalam agama.Dan tiada ingkar akan demikian itu melainkan orang yang dungu lagi jahil atau ulama rasmi mutajahil(pura2 tidak tahu) iaitu ulama zahir yang telah memperdaya akan dirinya dan lalai ia daripada tempat kembalinya(negeri akhirat).Maka mudah-mudahan Allah Taala dengan anugerahNya memberi ilham akan kita akan petunjukNya dan memeliharakan akan kita daripada kejahatan diri kita dan daripada kejahatan amalan kita.Dan tiada daya daripada menjauh maksiat dan tiada kuat pada berbuat taat melainkan dengan pertolongan Allah Taala jua”.

Dan kata Syeikh Ibnu ‘Abbad ra di dalam syarah Hikam ia naqal daripada Ibnu ‘Athaillah ra:
“Ketahui olehmu bahawasanya kelebihan ilmu yang berulang2 di sebut di dalam Quran yang mulia dan di dalam hadis Nabi SAW hanya sesungguhnya yang dimaksudkan dengan dia itu iaitu ilmu yang memberi manfaat yang menyertai akan dia takut akan Allah Taala dan melengkapi akan dia itu haibah kepada Allah Taala seperti firman Allah Taala (dalam surah Fathir:28) : “Hanyasanya mereka yang takut akan Allah Taala itu iaitu daripada hambaNya yang ulama”.Maka menyatakan Ia akan bahawasanya takut itu melazimkan akan ilmu dan difaham daripada ini bahawa ulama itu hanyasanya mereka itulah orang yang takut akan Allah Taala.Dan demikian lagi firman Allah Taala(dalam surah al-Qashash:80) : “Dan berkata mereka yang mempunyai ilmu”.Dan firman Allah Taala(dalam surah Thaha:114): “Kata olehmu ya Muhammad tambahi olehMu wahai Tuhanku akan ilmuku”.Dan demikian lagi sabda Nabi SAW : “Bahawasanya segala malaikat itu merendahkan akan sayapnya itu kerana membesarkan orang yang menuntut ilmu”. Dan sabda Nabi SAW: “Ulama itu mempusakai akan anbia”.Dan sabda Nabi SAW : “Orang yang menuntut ilmu itu telah mengakui(menjamin) oleh Allah Taala dengan rezekinya”.

“Maka hanya sesungguhnya yang dimaksudkan dengan ilmu pada segala tempat ini, yakni pada segala ilmu yang tersebut di dalam Quran dan segala yang tersebut di dalam hadits Nabi SAW itu iaitu semuanya dikehendaki dengan dia itu ilmu yang memberi manfaat pada agama dan di dalam akhirat.”

Dan dari kerana inilah kata Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili ra: “Barangsiapa yang tiada masuk mengetahui di dalam ilmu ini yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar pada hal tiada ia mengetahui akan yang demikian itu”.

Dan lagi kata Syeikh Ibnu ‘Abbad ra dalam Syarah Hikam: “Dan segala ilmu ini yakni ilmu tasawuf, iaitulah sayugia bagi seseorang bahawa mengkaramkan(menghabiskan) di dalam menuntutnya akan umurnya yang lanjut itu dan jangan ia merasa memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai ia dengan sedikit.Dan ilmu yang lain daripada ilmu tasawuf ini terkadang tiada ia berkehendak kepadanya dan terkadang memberi mudharat ia akan orang yang mempunyai ilmu itu pada mengekali ia atasnya dan bahawasanya telah minta peliharakan Rasulullah SAW dengan Allah Taala daripada ilmu yang tiada memberi manfaat itu seperti yang tersebut di dalam hadis yang masyhur daripadanya iaitu sabda Nabi SAW: “Aku minta peliharakan dengan Allah Taala daripada ilmu yang tiada memberi manfaat”.

Dan lagi kata Syeikh Ibnu Abbad ra: “Dan ketahui olehmu bahawasanya telah dating di dalam Quran dan hadis Nabi SAW beberapa banyak daripada kelebihan ilmu dan ulama yang tiada dapat dihinggakan akan banyaknya.Dan tiada diharap hasil yang demikian itu melainkan bagi orang yang sahih(benar) niatnya.Dan benar niatnya pada demikian itu bahawa adalah qasadnya(tujuannya) di dalam menunutut ilmu itu iaitu kerana menuntut keredhaan Allah Taala dan kerana mengamalkan akan dia pada barang yang memberi manfaat padanya di dalam akhirat dan kerana mengisyaratkan yakni menghendaki ia keluar daripada kelam jahil kepada nur ilmu.Maka inilah niat yang sahih yang dipuji atas kesudahannya itu di dalam akhirat dan diambil faedahnya itu di dalam dunia untuk memperbuat ibadat.Yakni disegerakan akan faedah ilmu itu di dalam dunia dengan berbuat ibadat dan ditangguhkan faedah ilmu itu di dalam akhirat dengan beberapa pahala”.

No comments:

Post a Comment