Thursday, September 3, 2009

RISALAH ISRAK MIKRAJ(2)

BAB 1-Tafsir Ayat 1 Surah al-Israk.


Nama lain bagi Surah ini ialah surah Subhan dan surah Bani Israil.Surah ini mempunyai 110 ayat.


Munasabah ayat ini dengan ayat terakhir surah an-Nahl ialah siapa yang takutkan Allah dan sampai kepada maqam Ihsan,Allah akan menjalankan ruhnya ke alam malakut dan jabarut.


Ayat ini dimulakan dengan tanzih supaya orang awam tidak menyangka Allah berada di tempat khusus.Maha Suci Allah daripada berhajat kepada tempat.Juga tanzih daripada sifat lemah Allah daripada membuat keajaiban seperti Israk Mikraj ini.Tanzih segala zat, sifat,perbuatan,nama-nama,dan hukum Allah daripada sebarang kekurangan dan kelemahan.Kalimah Subhan tidak boleh diguna kecuali untuk Allah.


Israk untuk ahli alam ‘ulwi(langit) mengambil faedah sebagaimana ahli alam sufli(bumi) mengambil faedah dengan pengutusan baginda.Israk Mikraj berlaku dengan ruh dan jasad mengikut pendapat muktabar.


Ibnu Ajibah mengatakan Israk Mikraj berlaku 2 kali iaitu sekali dengan jasad dan sekali dangan ruh.Kalau dengan ruh(mimpi) nescaya kaum Musyrikin tidak mengingkari perkara ini.Israk Mikraj merupakan Khususiat Nabi SAW yang tidak berlaku kepada para Nabi yang lain.


Sebahagian ulama sufi mengatakan Allah ibaratkan dengan Abd(Hamba) dan bukan dengan Nabi dan Rasul untuk menunjukkan sesiapa yang sempurna ubudiahnya akan mendapat habuan Israk.Cuma Israk dengan jasad khas untuk Nabi SAW.Para wali Israk dengan ruh.Dan Israk berlaku pada waktu malam untuk lebih memberi kesan sewaktu munajat sebagaimana tahajjud.Hamba juga adalah maqam yang paling mulia di sisi Allah.Ada sebahagian ulama berpendapat kalimah hamba digunakan supaya umat Islam tidak sesat seperti Kristian yang mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan atau anak tuhan.


Imam Qusyairi mengatakan Nabi SAW diutus ke bumi untuk diajar ibadah dan diutus ke langit pada malam Israk Mikraj untuk diajar adab ibadah.


Faedah sebut Lailan(malam) untuk taqlil iaitu perjalanan yang mengambil masa 40 malam dilalui Nabi SAW kurang daripada satu malam(4 jam,3 jam atau kurang).


Hikmah dibawa ke Baitul Maqdis ialah tempat pertemuan para Nabi dan turunnya wahyu.


Masjidil Haram waktu itu sekadar tempat tawaf sekarang.Ia diluaskan oleh para Khalifah dan orang pertama yang melakukannya ialah Sayyidina Umar.


Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Adam selepas 40 tahun baginda menbina Ka’bah.Ia merupakan Masjid pertama selepas Masjidil Haram dan kiblat pertama umat Islam dan kiblat para Nabi sebelum ini.Dinamakan Maqdis(suci) kerana tidak pernah didirikan berhala di situ..


Ia mempunyai keberkatan dunia dan agama.Keberkatan dunia ialah buah-buahan serta tanaman yang subur serta sungai-sungai yang cantik.Keberkatan agama pula ialah ia tempat turun wahyu dan tempat ibadat para Nabi.


Pada malam Israk,diperlihatkan kepada Nabi SAW sebahaian keajaiban Allah sebagaimana Malakut yang diperlihatkan kepada Nabi Ibrahim adalah sebagian ayat Allah.Antaranya ialah berlaku ijtimak dengan para Nabi dengan jasad dan ruh mereka,para malaikat dan ruh muslimin umat yang lepas.


4 perkara penting dalam Israk ialah Ijtimak dengan para Nabi,Mikraj ke langit hingga Sidratul Muntaha,keajaiban alam malakut dan munajat Nabi SAW dengan Allah.Malakut ialah alam ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka.


Nabi SAW menjadi Imam solat kepada para Nabi.Ini menunjukkan kelebihan Nabi SAW berbanding dengan para Nabi lain dan risalahnya menasakhkan syariat yang terdahulu.


Nabi SAW pilih susu(fitrah) dan bukannya arak ketika diberi pilihan untuk minum.Ini sebagai simbol agama Islam adalah agama fitrah.


Langit pertama jumpa Nabi Adam.Nabi Adam ketawa melihat anak cucu di sebelah kanan(ahli syurga) dan menangis tengok anak cucu di sebelah kiri(ahli neraka).


Langit kedua jumpa Nabi Yahya dan Nabi Isa.Nabi Isa diberikan sifat malaikat iaitu tidak makan,minum dan tidur.


Langit ketiga jumpa Nabi Yusuf.


Langit keempat jumpa Nabi Idris iaitu orang pertama yang menjahit baju dan pakaian.


Langit kelima jumpa Nabi Harun.


Langit Keenam jumpa Nabi Musa.Nabi Musa menangis sebab umatnya yang masuk syurga sedikit saja berbanding umat Nabi SAW malah Nabi Musa mohon kepada Allah supaya menjadi umat Nabi kita SAW.


Langit ketujuh jumpa Nabi Ibrahim.


Mula-mula difardukan 50 waktu.Nabi Musa suruh Nabi SAW minta kurang dengan Allah sampai jadi 5.Umat Nabi Musa difardukan solat 2 rakaat waktu pagi, 2 rakaat tengah hari dan 2 rakaat waktu malam.


Nabi lihat Allah sebanyak 10 kali dalam Israk Mikraj.Nabi Musa minta lihat Allah tapi tak dapat.

No comments:

Post a Comment