Friday, September 11, 2009

Muhasabah untuk para Azhari



Teringat saya sebuah ungkapan yang sangat menggugah jiwa bilamana salah seorang ulama al-Azhar iaitu Fadhilatul al-Allamah al-Muhaddis al-Sufi Dr Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini al-Syazuli rahimahullah meninggal dunia.Ungkapan ini disebutkan oleh salah seorang ulama al-Azhar al-Syarif bagi melahirkan kesedihan dengan hilangnya sebuah permata umat yang amat berharga. Maaf saya terlupa siapakah yang menyebutkan kalam hikmah ini.


Kalam yang disebutkan itu adalah :

إذا مات الأزهرى بكت السماوات و الأرضMaksudnya: Jika mati seorang yang bergelar Azhari(yang pernah belajar di al-Azhar) maka akan menangislah seluruh langit dan bumi dengan pemergiannya.



Kalau kita semak kembali lembaran sejarah para ulama terdahulu yang belajar di pangkuan al-Azhar, maka perkataan ini sangat sinonim dan sangat bersesuaian sekali.Namun sekarang , adakah kalam ini masih boleh untuk kita guna pakai kepada graduan yang tamat pengajiannya di al-Azhar?Fokus perbincangan saya pada kali ini bertumpu kepada seluruh pelajar Malaysia yang pernah dan sedang belajar di al-Azhar al-Syarif.Para ulama yang ada sekarang di al-Azhar al-Syarif memang tidak dapat dinafikan kewibawaannya.Namun pelajarnya? Adakah benar-benar menjiwai para ulama di sini atau sekadar pergi ke kuliah, duduk sebentar mendengar pengajian atau sekadar ke kuliah menyempurnakan urusan peperiksaan kemudian pulang dan rehat sepanjang tahun tanpa rasa malu dan sedar bahawa diri semakin lama semakin jahil.Adakah title @ pangkat sebagai Azhari itu terlalu murah untuk diberikan kepada golongan manusia sebegini??



Saya tidaklah ingin mengatakan bahawa sistem kuliah sebenarnya sedikit demi sedikit menghakis kewibawaan seorang pelajar di al-Azhar al-Syarif.Tetapi jika diteliti , hakikatnya memang begitu.Bilamana bidang agama dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, Kuliyah Syariah, Usuluddin, Lughah dan lain-lain maka secara tak langsung pelajar juga akan menjadi semakin malas.Pelajar yang hanya belajar di Kuliyah Syariah maka ilmu lain seperti Aqidah dan lain-lain tidak akan menjadi tumpuan lagi.Manakala yang belajar di Kuliyah Usuluddin pula, ilmu Fiqh dan Perundangan Islam terus diabaikan.Pelajar Kuliyah Lughah Arabiyah pula bilamana terlalu sibuk dengan Syair Jahili dan Prosakata Arab maka ilmu Usuluddin dan Syariah terus ditinggalkan.



Saya tidak menafikan bahawa umat semakin lemah dan perlukan pembahagian.Namun pembahagian bagaimana yang kita fahami?Adakah bilamana al-Azhar membahagikan kuliyah seperti sekarang maka ilmu-ilmu lain yang tiada kaitan dengan Kuliyah kita maka akan terus dipinggirkan??Masalahnya ini yang berlaku sekarang.Bilamana pulang ke Malaysia , bila disuruh mengajar kitab maka natijahnya sangat mendukacitakan.“ Ustaz, boleh kami ingin belajar kitab Fiqh Syafie dengan ustaz?” seorang pelajar meminta izin daripada Ustaznya.“ Emm, Ustaz dulu belajar Kuliyah Usuluddin @ Lughah, Tak pandai sangat bab Fiqh ni.Kitab lain boleh la” jawab ustaz tersebut sambil tersipu-sipu malu.Situasi ini saya yakin masih ada dan akan ada jika keadaan seperti sekarang berterusan.



Saya berani menyebutkan perkara ini kerana saya sendiri berada di al-Azhar al-Syarif.Berapa ramai pelajar Kuliyah Syariah yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti namun bila disuruh membaca kitab , MasyaAllah…rasa kurang yakin, malah terlalu banyak kesalahan.Istilah di dalam ilmu fiqhnya terlalu lemah, usul fiqh juga terlalu lemah, Nahu dan Saraf apatah lagi.Ini yang berlaku dan inilah hakikat yang perlu disedari oleh semua pelajar di Universiti al-Azhar al-Syarif.



Oleh sebab itulah , bilamana pelajar lulusan al-Azhar pulang ke Malaysia, maka selalunya akan berlaku pertembungan dengan sahabat-sahabat daripada lulusan Pondok.Malah tidak keterlaluan saya katakan , yang belajar dipondok lebih memahami dan mengerti apa tujuan menuntut Ilmu Allah taala.Disebabkan itulah maka lebih ramai orang memandang tinggi pada lulusan selain Mesir.Bukan saya ingin menyuruh kita dipandang tinggi tapi sekurang-kurangnya, jangan biarkan orang lain memandang rendah pada al-Azhar al-Syarif itu sendiri disebabkan kesalahan kita.



Situasi seperti yang saya sebutkan tadi saya kira masih baik kerana sang Ustaz mengaku kelemahannya. Namun kebanyakkan yang berlaku sekarang, bilamana menyandang gelar al-Azhari maka sewenang-wenangnya membahaskan segala isu.Malah terlalu malu ingin mengatakan “ Saya tidak tahu, izinkan saya rujuk kembali”.Terus terang saya katakan, kamu tidak akan memperolehi ilmu “ Saya Tidak Tahu” melainkan jika kamu bertalaqqi dan berada bersama dengan para ulama.Malah ini diakui oleh para ulama Dunia seperti Syaikhuna Habib Ali al-Jifri hafizahullah.Ini ilmu jiwa.Ilmu yang hanya akan diperolehi oleh golongan yang ditarbiyah oleh para ulama yang juga bilamana tidak tahu akan menjawab “ Maaf Saya tidak Tahu”.



Perangai pelajar al-Azhar yang sering saya lihat adalah, sering kagum dengan orang lain.Tapi dia sendiri tidak ingin mencari bagaimana orang yang dia kagumi belajar dan menuntut ilmu sebelum menjadi seorang yang dikagumi.Sudah letih saya menyebutkan perkara ini.Makin disebut, makin ramai akan terasa.Benarlah sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدينMaksudnya: Sesiapa yang Allah taala inginkan kebaikan padanya maka Allah taala akan jadikan dia salah seorang ulama umat.



Kata Syaikhuna Fahmi Zamzam hafizahullah , hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang Alim itu adalah pilihan Allah taala.Terpulanglah kepada kamu, jika kamu ingin termasuk di dalam orang yang menjadi pilihan Allah taala maka belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan biar kena caranya.Jangan berpada apa yang ada.Ya benar, pangkat dan kelulusan itu penting.Namun, apa guna pangkat dan kelulusan tapi hakikatnya kosong hampa tidak berguna.Saya tidak akan marah kalau ramai menghina Azhari Malaysia yang ada sekarang kalau keadaan berterusan seperti sediakala.Namun saya marah kalau orang ramai menghina Azhari yang benar-benar meletakkan dirinya sebagai calon ulama pemimpin Umat yang menyedari peri pentingnya Azhari di mata Masyarakat.



Mohd Nazrul Abd Nasir,

Penuntut Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff

tokoh sunnah- Habib Muhammad bin sayyid Alawi al-Maliki


Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim ( Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)



Di dalam sebuah hadits yang lain riwayat daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


Pada waktu sahur sekitar jam 4.30pagi (waktu Mekah) hari Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M umat Islam diseluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatannya. Beliau wafat setelah lebih kurang 2jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebinh daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya. Ulama yang kuat mempertahankan prinsip walaupun pelbagai tekanan diberikan kepadanya oleh golongan yang memusuhinya (yakni Wahhabi di Saudi). Ulama yang mampu mematahkan segala hujjah mereka yang menentangnya. Kewafatan suatu kehilangan yang amat besar bagi dunia Islam.



Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian di bawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir duaratus ribu pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh ribuan manusia dengan diimamkan oleh Imam Subayl.


Kemudian jenazahnya diiringi oleh ribuan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, juga diiringi oleh ribuan manusia dengan laungan tahlil dan takbir, Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kederaan dek kerana dibanjiri oleh manusia. Dikatakan hampir 500 orang tentera dikerah untuk mengawal ribuan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. jenazahnya disemadikan disebelah ayahandanya. Manakala diseluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Kemulian yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini.



Dikhabarkan bahwa sebelum beliau رضي الله عنه meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Mekah pada bulan Ramadhan ini. Apabila muridnya menjawab tidak, Sayyid Muhammad berkata: Tidakkah engkau mahu menghadhiri pengebumianku? Allahu Allah.


Kini sudah 4 tahun beliau رضي الله عنه meninggalkan kita. Walaupun jasadnya tiada bersama kita namun dia hidup dihati kita. Beliau رضي الله عنه sentiasa berbicara dengan kita melalui kitab-kitab yang beliau tinggalkan … tarbiah beliau berjalan melalui segala adzkar dan ahzab yang beliau ijazahkan. Itulah dia al-Habib as-Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid‘Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid Muhammad al-Maliki bin Sayyid Abdul ‘Azizi al-al-Maliki al-Makki al-Hasani al-Idrisi رضي الله عنهمMaka sebagai memperingati hari hol beliau رضي الله عنه, maka ingin aku menulis sedikit mengenai beliau رضي الله عنه.



Walaupun aku hanya sekadar pernah menatap wajahnya didalam masa yang singkat namun dengan pertalian sanad ilmu dengannya, bersuhbah dan mengikuti majlis pengajian mereka yang pernah bersamanya atau yang pernah dididik beliau, membaca dan mempelajari kitab karangan beliau, sudah cukup untuk aku mengenali, mengingati, menyayangi dan merinduinya …….. Oleh ingin aku kongsikan disini adalah beberapa pesanan dan wasiat beliau secara terpilih dan ringkas. Moga-moga dengan ianya dapat mengingatkan kembali aku khususnya dan pengunjung al-Fanshuri umumnya kepada pesanan atau wasiat, ulama besar yang merupakan guru kita yang mulia ini … wasiat atau pesanan ini ada tercatat didalam kitab al-Iqd al-Farid al-Mukhtashar minal Atsbat wal Asanid karangan beliau.Diantara wasiat beliau رضي الله عنه:
aku mewasiatkan orang yang telah aku ijazahkan dan diriku supaya senantiasa bertaqwa kepada Allah, membetulkan niat menuntut ilmu dengan ikhlas dan jujur kerana menuntut keredhaan Allah semata-mata


aku mewasiatkan juga supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu
aku mewasiatkan supaya menjadi al-Quran sebagai witid ,bertafakkur tentang kandungan ayat-ayatnya sesempurna yang mungkin dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang melapangkan dada mu, menambahkan lagi keyaqinan dan agammu, menghadirkan kebesaran pemiliknya (Allah)
aku juga mewasiatkan supaya menjadikan bacaan kitab-kitab shufi sebagai wirid. Maka perkemaskan renangan kamu didalamnya.jadikan ia sebagai shahabat dan teman mesra pada waktu pagi dan petang dan pegangan kamu pada semua keadaan. Taklifkan diri kamu untuk beramal dengan isi kandungnya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya.


aku juga mewasiatkan kepada kamu supaya berakhlaq baik terhadap semua manusia ….. jadilah kamu manusia yang paling lemah lembut dan bersopan santun, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang memutuskan hubungan dengan kamu dan membalas orang yang melakukan kejahatan terhadap kamu dengan kebaikan. Maafkan kesalahannya terhadap kamu sekalipin kesalahannya itu besar. Kasihilah orang-orang faqir dan lemah, duduklah bersama orang-orang miskin dan hadiri semua majlis mereka tanpa merasakan bahwa kamu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mereka, tetapi rasakanlah bahwa kamu merupakan orang yang paling hina dikalangan mereka.


aku juga mewasiatkan kamu dengan sifat wara’ kerana ia merupakan asas agama ini dan pegangan orang-orang yang matlamatnya untuk mennuntut redha Allah
aku juga mewasiatkan supaya bersangka baik terhadap Allah dan sekalian kamum Muslimin kerana sifat tersebut mengandungi segala keuntungan


aku juga mewasiatkan supaya bersungguh-sungguh menyebarkan ilmu dan mengajar manusia …Beliau رضي الله عنه mengakhiri wasiatnya dengan wasiat yang dikhabarkan oleh ayahanda beliau, al-Habib as-Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas al-Maliki daripada al-Habib ‘Alawi ibn Thohir al-Haddad, sebagaimana wasiat beliau kepada ayahandanya:


Hendaklah orang yang diijazahkan menjadikan sebuah kitab tertentu sebagai rujukan dan peringatan terutama apabila sibuk berdakwah kepada Allah. Perkara pertama yang perlu dilazimi oleh orang yang ingin berdakwah selepas memeahami hukum-hakam syariat ialah mengetahui segala janji baikNya bagi orang yang melakukan ketaatan dan janji burukNya bagi orang yang melakukan ma’siat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadits.Maka kepadanya hati-hati sentiasa berasa rindu dan didalamnya terdapat cahaya iman. Untuk mengetahui semua perkara tersebut, memadailah dengan membaca kitab an-Nasho`ih ad- Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Sekalipun ia ringkas tetapi telah mengumpulkan perkara-perkara yang tidak dapat itdak diperlukan oleh semua orang Islam.Sekiranya hendak mengetahui thariqat yang khusus dan adab yang telah disyariatkan, hendaklah melazimkan membaca kitab ad-Dakwah at-Tammah wat Tazkirah al-‘Ammah (karangan al-Imam al-Habib Abdullah al-Hadddd). Jangan membaca tujuan untuk mengambil berkat sebagaimana mereka katakan, tetapi berazam membacanya untuk mendapatkan kefahaman dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka keberkatan yang sebenar ialah apabila disertakan dengan amal. ………..……… berwaspadalah daripada menjadikan suatu kebiasaan hanya mengulang-ulang membaca permasalahan fiqih, siang dan malam, semasa tua dan muda tanpa membaca kitab agama yang lain seperti ilmu tafsir, hadits dan tasawuf. Dengan membataskan bacaan hanya kepada kitab-kitab fiqih adalah suatu kelemahan, kejumudan dan menjauhkan diri daripada akhlaq yang baik serta mewariskan kekerasan hati. Demikianlah telah diperkatakan oleh syaikh-syaikh kami dan lain-lainnya ………….



Kemudin beliau berkata: Apabila zaman telah menjadi zaman bid’ah, fitnah, kesamaran, maka hendaklah penuntut-penuntut ilmu mempersiapkan dirinya untuk menjadi salah seorang daripada orang-orang yang mempertahankan agama Allah dan menegakkan hujjahNya di tas muka bumi. Seseorang itu tidak akan mampu menjadi seperti itu, jika tidak mengambil setiap ilmu dengan secukupnya. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah, maka Allah akan membantunya …….Moga-moga dengan mengingati ulama besar ini, aku berharap beroleh syafaat darinya …..
أحب الصالحين ولست منهملعلي أن أنال بهم شفاعة
kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itumudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at
*******************
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.
الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني




Sunday, September 6, 2009

Lagi Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna

Kata Imam Hasan al-Banna: Aku suka untuk memberitahu kepada kalian secara ringkas tentang makna Islam dan gambarannya yang terang dalam perjuangan Ikhwanul Muslimin:

Kami beriktiqad bahawa hukum2 Islam dan pengajarannya adalah syumul yang mengatur urusan manusia dunia dan akhirat.Mereka yang menyangka pengajaran Islam dalam ruang lingkup ibadah dan kerohaniannya sahaja adalah silap sangkaannya itu.Ini kerana Islam adalah akidah,ibadah,tanah air dan bangsa,agama dan Negara, kerohanian dan amalan, mashaf dan mata pedang.

Al-Quran menerangkan kesemua ini dan ini adalah pati Islam dan ketulinannya.Dalam surah al-Qasas:77 Allah berfirman: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu”.

Dalam al-Quran ada ayat akidah dan ibadah seperti Firman Allah dalam surah al-Bayyinah:5: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”

Ada pula ayat hokum, perundangan dan politik seperti firman Allah dalam surah an-Nisa’:65: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.

Ada pula ayat hutang dan perniagaan seperti dalam surah al-Baqarah:282: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan”.

Ada pula ayat jihad dan peperangan seperti dalam surah an-Nisa’:102: “Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan shalat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (shalat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang shalat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap siagalah kamu”.

Apabila engkau hanya terima Islam dari segi ibadah sahaja dan menolak system Islam yang lain maka bacalah firman Allah dalam surahal-Baqarah:85: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”.

Saturday, September 5, 2009

Sambungan Usul Pertama Imam al-Banna-Adakah Memadai mengakui Kesyumulan Islam Tanpa beramal dengannya

Sesiapa yang melihat Panduan Nabi Saw dan sirah salafus soleh akan mendapati mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan beramal dengannya.Maka barangsiapa yang mengakui kesyumulan Islam tetapi hanya beramal sebahagian dengannya sahaja maka baginya hal2 yang berikut:

-Sekiranya kemampuannya tidak mampu untuk melaksanakan baki unsur2 Islam yang lain maka dia mesti membantu orang yang memperjuangkan kesyumulan Islam, menyokong mereka dan membantu mereka sekadar termampu.

-Adapun sekiranya dia menentang orang yang memperjuangkan Islam yang syumul ataupun tidak mahu membantu dan menyokong mereka maka dia adalah tercela tanpa syak lagi.

-Sekiranya dia berkemampuan untuk memberikan saham dalam perjuangan Islam namun dia tidak melaksanakannya kerana mengutamakan keselamatan dan afiah dan takutkan kesusahan dan kepayahan dalam berjuang maka tiadalah baginya keselamatan dan afiah.

-Sesungghnya dakwah kepada kefahaman yang syumul dan beramal dengannya beserta mengakuinya adalah usul yang sabit(tetap) dan selain daripada itu dikira kecuaian dalam perjuangan Islam yang murni ini.

Adakah kita telah menunaikan hak Islam sekiranya kita hanya memadai dengan mengetahui dan mengakui kesyumulan Islam tanpa beramal dan berdakwah kepadanya?

Imam asy-Syahid telah menjelaskan dan menerangkan usul ini kepada setiap jiwa yang ingin memahaminya dalam kebanyakan risalahnya.Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin:

“Islam yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin bukannya Islam yang baru melainkan apa yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad SAW daripada Tuhannya.Terdapat di kalangan Muslimin di sepanjang zaman yang menghadkan Islam pada maksud2 tertentu sahaja.

Ada di kalangan mereka yang melihat Islam hanya dalam konteks ibadat zahir.Jika dia menuanikannya ataupun melihat orang lain melakukannya dia pun akan merasa tenang dan redha dengannya dan menyangka bahawa ia sudah sampai ke tahap pati ajaran Islam yang sebenar.Inilah Islam yang dipandang oleh kebanyakan orang Islam.

Ada pula manusia yang menganggap Islam ialah akhlak yang terpuji dan kerohanian yang tinggi.Ada pula yang melihat Islam sebagai sejenis akidah yang diwarisi dan amalan2 warisan yang tidak ada nilai kemajuan.Hanya sebahagian umat Islam sahaja yang mengetahui Islam sebagai hakikatnya yang betul.

Oleh kerana kefahaman manusia yang berbeza tentang Islam inilah menjadi sebab berlakunya salah faham kepada gerakan Ikhwanul Muslimin.Ada di kalangan mereka yang menggambarkan Ikhwanul Muslimin sebagai jamaah nasihat irsyadiyyah yang memberi panduan kepada manusia dengan syarahan agama dan mengingatkan mereka tentang akhirat.Ada yang memahami Ikhwanul Muslimin sebagai Tariqat Tasawuf yang mengajar manusia berzikir dan beribadah dan sebagainya dalam ilmu tasawuf.Ada pula yang menyangka jamaah ini adalah jamaah pengkajian feqah.Hanya sebahagian manusia sahaja yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan mengetahui hakikatnya yang sebenar dan memahami dakwah jamaah tersebut adalah ilmu dan amal, teori dan praktikal.

(akan bersambung)

Friday, September 4, 2009

Kelebihan Orang Yang Menuntut Ilmu Tasawuf

Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa menjalani akan jalan yang menuntut ia di dalamnya akan ilmu nescaya menjalankan Allah Taala dengan dia akan jalan yang memasukkan ke dalam syurga".- riwayat Muslim.


Dan kata Abu ad-Darda ra: "Demi Tuhanku, bahawasanya aku belajar ilmu akan suatu masalah itu terlebih kasih kepada aku daripada mendirikan ibadat semalam-malam".


Dan kata Imam 'Atha ra: "Perhimpunan orang yang duduk belajar ilmu itu iaitu menghapuskan akan 70 perhimpunan orang yang duduk di tempat orang yang bermain-main".


Dan kata Sayyidina Omar ra: "Mati seribu orang yang abid yang mendirikan ibadat semalam-malam dan puasa sehari-hari itu terlebih mudah daripada mati seorang yang alim yang mengetahui ia akan barang yang dihalalkan Allah dan yang diharamkanNya".


Dan kata Imam Syafi'i ra: "Menuntut ilmu itu terlebih afdhal daripada berbuat sembahyang sunat".


Dan dari kerana inilah berkata Imam Malik ra: "Barangsiapa menuntut ilmu tasawuf dan tiada ia mengetahui ilmu fiqah yang fardhu 'ain itu maka bahawasanya ia jadi zindik. Dan barangsiapa menuntut ilmu fiqah dan tiada menuntut ilmu ilmu tasawuf maka bahawasanya ia jadi fasiq. Dan barangsiapa menghimpunkan antara keduanya maka bahawasanya jadilah ia ulama yang muhaqqiq yang Arif Billah Taala, iaitulah yang bernama ulama ahli sufi yang menghimpunkan mereka itu antara syariat, tariqat dan hakikat".


Dan kerana inilah berkata Syeikh al-Arif Billah al-Alim ar-Rabbani Husain bin Abdullah Ba-Fadhal ra di dalam kitabnya yang bernama al-Fusul al-Miftahiyyah Wan-Nafahat ar-Ruhiyyah dengan katanya: "Sesungguhnya telah tetap mazhab ahli sufi pada hari ini yakni pada masa sekarang ini seperti tetap segala mazhab(yang 4 itu) dan jadilah ia seolah-olah mazhab yang mustaqil(Berdiri sendiri) dengan usulnya yakni ilmu Usuluddin dan furu'nya yakni ilmu fiqah dan segala hukumnya yakni segala hukum haram dan halal dan hukum batal dan sah dan barang yang bergantung dengan dia.Maka barangsiapa berkehendak akan mengetahui segala hakikat ilmu itu dan berkehendak memahami akan barang yang di dalamnya itu nescaya kuasa ia atasnya dengan membaca segala kitab yang dikarang oleh masyayikh(guru2) ahli sufi dan kuasa ia memuthala'ah akan segala kitab yang dikarang oleh mereka itu di dalam ilmu tasawuf atas sempurna pengetahuannya.Kerana di dalam segala kitab karangan ahli sufi itu telah terhimpun ilmu Usuluddin dan ilmu fiqah dan ilmu tariqat dan ilmu hakikat.Dan ilmu yang menghimpunkan di dalamnya akan segala ilmu yang tersebut ini iaitu dinamakan akan dia ilmu tasawuf yang sebenar-benarnya".
Dan dari kerana inilah berkata Waliyyullah yang amat besar Sayyidi Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi ra: "Menuntut ilmu tariqat yakni ilmu tasawuf itu wajib atas tiap2 murid yakni atas tiap2 orang yang menjalani akan jalan akhirat yang berkehendak akan kemenangan di dalam akhirat dan jikalau ia daripada sebesar-besar ulama pada mengetahui ilmu yang lain daripada ilmu tasawuf itu sekalipun".
Dan dari kerana inilah kata setengah ulama: "Tiap2 sufi itu patut dinamakan faqih dan tiada patut tiap2 faqih itu dinamakan sufi".
Yakni tiap2 ulama ahli sufi itu ada padanya mengetahui ilmu fiqah dan tiada lazim ulama fiqah itu mengetahui ia akan ilmu tasawuf, kerana ilmu fiqah itu mengetahui ia akan ilmu tasawuf. Kerana ilmu fiqah itu dimisalkan oleh ulama seperti kulit nyiur yang di luar dan ilmu tasawuf yakni ilmu tariqat itu seperti kulit yang di dalam dan ilmu hakikat itu seperti isinya yang di dalam.Dan lagi patut dikatakan ilmu fiqah itu seperti kulit nyiur dan ilmu tasawuf yakni ilmu tariqat itu seperti isi nyiur dan ilmu hakikat itu seperti minyak nyiur.

Isi Khutbah Jumaat hari ini

Tadi saya pi dengar khutbah Jumaat kat Masjid Tuan Husin, Titi Gajah,Kedah.Isi khutbah hari ni best.Cerita pasal Perang Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadan.

Khatib tu sebut dua2 puak Islam dan kafir masing2 berdoa kepada Allah.Nabi SAW berdoa:"Ya Allah, sekiranya kau hapuskan kami maka engkau tidak akan disembah lagi"

Manakala kaum kafir pula berdoa: "Ya Allah, hapuskan mereka.Sesungguhnya mereka telah memecah belahkan kaum kami dan membawa ajaran baru".(Hmm, rupanya Nabi SAW pun dituduh pemecah belah dan pengkhianat bangsa)

Tentera Muslimin diketuai sebaik2 makhluk iaitu Rasulullah SAW dan turut disertai sebaik2 malaikat iaitu Jibril.Manakala tentera kafir diketuai sejahat2 manusia pada waktu itu iaitu Abu Jahal dan disertai sama oleh sejahat2 makhluk iaitu Iblis.

Nabi SAW tak berdoa supaya dipertahankan anak dan isteri daripada menjadi tawanan musuh.Baginda juga tidak berdoa supaya Allah mempertahankan Bumi Madinah sebaliknya berdoa supaya Allah akan terus disembah.Walaupun mempertahankan nyawa, keluarga dan negara dituntut namun tuntutan akidah lebih penting daripada segalanya.
Semoga bermanfaat.

Thursday, September 3, 2009

Menuntut ilmu

Keterjagaanku di tengah malam untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku ketimbang lagu merdu dan bau wewangian.
Gurisan penaku di tengah lembaran kertas, terasa lebih indah ketimbang khayalan.
Bergelut dengan problem keilmuan lebih mengasyikkanku ketimbang mendengar nyanyian seorang gadis.
Aku terjaga setiap malam untuk belajar, pada saat orang2 lelap tidur.
Akankah sama derajatku dengan mereka setelah itu?

Akhbar Malaysia Perlu Lebih Teliti Untuk Keluarkan Berita Tentang Hukum-Hakam..Jangan Buat Fitnah Pada Darul Ifta'..




Bila saya sebutkan mutu penulisan ilmiyah dan berita di dalam akhbar Malaysia tidak memuaskan, ada yang terasa hati. Mengapa perlu terasa? Saya cuma menyampaikan pandangan bukannya memaksa untuk orang ramai mengikut pandangan saya.



Lebih menguatkan andaian saya ialah bilamana isu Darul Ifta’ Misriyyah(Institusi Fatwa Mesir) mengeluarkan kenyataan bahawa dibenarkan untuk pemain bola sepak kebangsaan Mesir berbuka puasa untuk perlawanan Kejohanan Remaja Dunia bawah 20 tahun.



Kalau penduduk di Malaysia hanya semata-mata membaca apa yang ada di dalam akhbar Malaysia maka sudah tentu akan berlaku syak wasangka terhadap para ulama kita yang terdapat di dalam Institusi Fatwa terkemuka tersebut.



Bila saya mengatakan mutu penulisannya teruk, jangan berasa hati lagi ye? Satu tohmahan yang sangat tidak berasas.Lain yang disebutkan oleh Darul Ifta’ ,lain pula yang dimaklumkan kepada dunia.



Setelah pulang daripada solat Tarawih dan kelas bersama Syeikhuna Murabbi Dr Yusri Rusydi hafizahullah, saya singgah sebentar membeli akhbar al-Khamis yang bertarikh 27 Ogos 2009.Tertarik dengan berita hadapan berkenaan “ Mengapa Habib Ali al-Jifri hafizahullah tidak pernah masuk ke Mesir sepanjang 7 tahun kebelakangan ini?”.Saya tergerak hati untuk membeli akhbar ini buat mengetahui berita selanjutnya tentang Sang Habib yang sangat dicintai ini.Alhamdulillah baru-baru ini sempat saya bertemu dengan Habib Ali al-Jifri hafizahullah secara bersemuka.Dua kali pertemuan dengannya benar-benar melahirkan kecintaan kepada ahli keluarga Baginda sallallahu alaihi wasallam.Terus terang saya katakan, melihat raut wajahnya sahaja boleh menyebabkan seseorang akan rasa cinta kepadanya.



Saya terfikir “ Ini baru cucunya, kalau Baginda sallallahu alaihi wasallam sendiri bagaimanalah agaknya? Mungkin saya akan terus pengsan jika melihat wajah Baginda sallallahu alaihi wasallam dek kerana cantik dan bercahayanya wajah Baginda sallallahu alaihi wasallam”



Saya balik ke rumah dan meneliti satu persatu apa yang diceritakan di dalam akhbar al-Khamis tersebut.Tiba-tiba pandangan saya terpaku pada tulisan al-Alim al-Allamah Syaikhuna Dr Ali Jum’ah hafizahullah, Mufti Besar Kerajaan Mesir berkenaan fatwa pemain bola dibenarkan berbuka puasa.Ramai juga yang bertanyakan kepada saya persoalan ini, tetapi saya tangguhkan dahulu jawapannya sehinggalah saya bertanya sendiri dengan para ulama di sini.Alhamdulillah, saya telah temukan jawapannya pada hari ini.



Kata Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah hafizahullah menjawab kekeliruan orang ramai tentang perkara ini :



“ Seorang pemain bola sepak, terikat dengan kontrak yang dimetrai antaranya dengan kelab atau pasukan tersebut maka ianya dikira seorang yang dibayar gaji diatas pekerjaannya tersebut. Jika pemain yang telah mengikat kontrak ini hanya memperoleh sumber rezekinya daripada pekerjaannya sebagai pemain bola sepak, maka jika terdapat perlawanan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan maka dibenarkan untuknya berbuka puasa untuk perlawanan tersebut jika mutu permainannya akan terjejas disebabkan berpuasa.Ini merupakan rukhsah kepada pemain tersebut kerana dia dianggap sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji dan perkerjaannya akan terjejas jika pemain tersebut tidak bertenaga. Ini seperti yang disebutkan oleh ulama Hanafiyah di dalam kitab-kitab mereka, seseorang yang dibayar gaji di dalam tempoh tertentu (kontrak) maka dibenarkan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika dia tidak mampu untuk berpuasa ketika melaksanakan kerjanya.(Maka pekerjaan kontrak sebegini termasuklah kepada pekerjaan sebagai pemain bola sepak).



Menurut al-Imam Ibn Abidin rahimahullah di dalam kitabnya “ Raddul Mukhtar a’la Durri al-Mukhtar” : ((Di dalam permasalahan kerja kontrak, jika pekerja tersebut masih terdapat pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarganya( selain pekerjaan yang memerlukan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan) maka diharamkan kepada pekerja tersebut untuk berbuka puasa pada Bulan Ramadhan.Tetapi jika dia tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain pekerjaan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarganya, jika dengan disebabkan berpuasa tersebut menjejaskan mutu kerjanya maka dibenarkan untuknya berbuka.))dipetik secara ringkas.



ni hanyalah untuk perlawanan yang terpaksa dibuat pada waktu siang yang menyebabkan seseorang pemain tersebut mungkin tidak akan bertenaga.Manakala untuk latihan, perlulah kepada jurulatih untuk membuat latihan pada waktu malam kerana ianya tidak akan menjejaskan ibadah puasa itu sendiri.Jika pihak pengurusan sebenarnya mampu untuk melaksanakan latihan pada waktu malam tetapi tidak dilaksanakan maka berdosa hukumnya.”



Sudah jelas lagi bersuluh, apa yang diterangkan oleh akhbar Malaysia amat bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah hafizahullah. Seolah-olah Darul Ifta membenarkan seorang pemain tersebut berbuka puasa pada waktu latihan sekalipun.Ini jelas satu pengkhianatan terhadap institusi agama berprestij ini.



Perlu diingat, para ulama kita yang berada di Darul Ifta adalah para ulama yang benar-benar jitu di dalam ilmunya.Kami yang berada di Mesir lebih mengenali mereka dari segi akhlak dan peribadi mereka berbanding orang yang menyampaikan berita secara tidak benar sebegini.



Kebanyakkan ulama di dalam Darul Ifta’ adalah guru-guru kami di Masjid al-Azhar al-Syarif.Kami sering bertemu mereka dan mengikuti kelas pengajian bersama mereka.Apa yang kami tahu, mereka adalah golongan yang benar-benar menjaga lidah daripada memperkatakan sesuatu hukum mengikut hawa nafsu. Setiap hukum yang dikeluarkan pasti ada sandarannya. Maka janganlah disebabkan terlalu mempercayai akhbar di Malaysia menyebabkan kita tertipu dan menjadi kurang beradab dengan para ulama yang bertaqwa ini.



Berhati-hati sebelum keluarkan pernyataan.Ingat tu!!



Mohd Nazrul Abd Nasir,Al-Azhar University,Kaherah Mesir


Usul pertama Imam Hassan al-Banna(2)

Terdapat dalil umum dan terperinci tentang kesyumulan Islam.Antara dalil umumnya ialah firman Allah dalm surah an-Nahl:89


89. (Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.

Apabila kita mengkaji Quran dan Sunnah kita dapati banyak ayat2 dan hadis menceritakan tentang akidah, ibadat dan akhlak ... dan berhukum dengan apa yang diturunkan Allah ... serta jihad dan urusan harta dan perniagaan ... bahkan seluruh sistem kehidupan.

Dalam surah al-Baqarah:178: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh"

surah al-Baqarah:180: "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf"

surah alBaqarah:183:"diwajibkan atas kamu berpuasa".

alBaqarah:216:"Diwajibkan atas kamu berperang".

AlBaqarah:282:"apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya".
al-Baqarah:275: "padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba".
al-Maidah:49: "dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu".
Dan Allah mengingkari kepada mereka yang ambil sebahagian dan tinggalkan yang sebahagian:
Al-Baqarah:85:"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat".

RISALAH ISRAK MIKRAJ(2)

BAB 1-Tafsir Ayat 1 Surah al-Israk.


Nama lain bagi Surah ini ialah surah Subhan dan surah Bani Israil.Surah ini mempunyai 110 ayat.


Munasabah ayat ini dengan ayat terakhir surah an-Nahl ialah siapa yang takutkan Allah dan sampai kepada maqam Ihsan,Allah akan menjalankan ruhnya ke alam malakut dan jabarut.


Ayat ini dimulakan dengan tanzih supaya orang awam tidak menyangka Allah berada di tempat khusus.Maha Suci Allah daripada berhajat kepada tempat.Juga tanzih daripada sifat lemah Allah daripada membuat keajaiban seperti Israk Mikraj ini.Tanzih segala zat, sifat,perbuatan,nama-nama,dan hukum Allah daripada sebarang kekurangan dan kelemahan.Kalimah Subhan tidak boleh diguna kecuali untuk Allah.


Israk untuk ahli alam ‘ulwi(langit) mengambil faedah sebagaimana ahli alam sufli(bumi) mengambil faedah dengan pengutusan baginda.Israk Mikraj berlaku dengan ruh dan jasad mengikut pendapat muktabar.


Ibnu Ajibah mengatakan Israk Mikraj berlaku 2 kali iaitu sekali dengan jasad dan sekali dangan ruh.Kalau dengan ruh(mimpi) nescaya kaum Musyrikin tidak mengingkari perkara ini.Israk Mikraj merupakan Khususiat Nabi SAW yang tidak berlaku kepada para Nabi yang lain.


Sebahagian ulama sufi mengatakan Allah ibaratkan dengan Abd(Hamba) dan bukan dengan Nabi dan Rasul untuk menunjukkan sesiapa yang sempurna ubudiahnya akan mendapat habuan Israk.Cuma Israk dengan jasad khas untuk Nabi SAW.Para wali Israk dengan ruh.Dan Israk berlaku pada waktu malam untuk lebih memberi kesan sewaktu munajat sebagaimana tahajjud.Hamba juga adalah maqam yang paling mulia di sisi Allah.Ada sebahagian ulama berpendapat kalimah hamba digunakan supaya umat Islam tidak sesat seperti Kristian yang mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan atau anak tuhan.


Imam Qusyairi mengatakan Nabi SAW diutus ke bumi untuk diajar ibadah dan diutus ke langit pada malam Israk Mikraj untuk diajar adab ibadah.


Faedah sebut Lailan(malam) untuk taqlil iaitu perjalanan yang mengambil masa 40 malam dilalui Nabi SAW kurang daripada satu malam(4 jam,3 jam atau kurang).


Hikmah dibawa ke Baitul Maqdis ialah tempat pertemuan para Nabi dan turunnya wahyu.


Masjidil Haram waktu itu sekadar tempat tawaf sekarang.Ia diluaskan oleh para Khalifah dan orang pertama yang melakukannya ialah Sayyidina Umar.


Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Adam selepas 40 tahun baginda menbina Ka’bah.Ia merupakan Masjid pertama selepas Masjidil Haram dan kiblat pertama umat Islam dan kiblat para Nabi sebelum ini.Dinamakan Maqdis(suci) kerana tidak pernah didirikan berhala di situ..


Ia mempunyai keberkatan dunia dan agama.Keberkatan dunia ialah buah-buahan serta tanaman yang subur serta sungai-sungai yang cantik.Keberkatan agama pula ialah ia tempat turun wahyu dan tempat ibadat para Nabi.


Pada malam Israk,diperlihatkan kepada Nabi SAW sebahaian keajaiban Allah sebagaimana Malakut yang diperlihatkan kepada Nabi Ibrahim adalah sebagian ayat Allah.Antaranya ialah berlaku ijtimak dengan para Nabi dengan jasad dan ruh mereka,para malaikat dan ruh muslimin umat yang lepas.


4 perkara penting dalam Israk ialah Ijtimak dengan para Nabi,Mikraj ke langit hingga Sidratul Muntaha,keajaiban alam malakut dan munajat Nabi SAW dengan Allah.Malakut ialah alam ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka.


Nabi SAW menjadi Imam solat kepada para Nabi.Ini menunjukkan kelebihan Nabi SAW berbanding dengan para Nabi lain dan risalahnya menasakhkan syariat yang terdahulu.


Nabi SAW pilih susu(fitrah) dan bukannya arak ketika diberi pilihan untuk minum.Ini sebagai simbol agama Islam adalah agama fitrah.


Langit pertama jumpa Nabi Adam.Nabi Adam ketawa melihat anak cucu di sebelah kanan(ahli syurga) dan menangis tengok anak cucu di sebelah kiri(ahli neraka).


Langit kedua jumpa Nabi Yahya dan Nabi Isa.Nabi Isa diberikan sifat malaikat iaitu tidak makan,minum dan tidur.


Langit ketiga jumpa Nabi Yusuf.


Langit keempat jumpa Nabi Idris iaitu orang pertama yang menjahit baju dan pakaian.


Langit kelima jumpa Nabi Harun.


Langit Keenam jumpa Nabi Musa.Nabi Musa menangis sebab umatnya yang masuk syurga sedikit saja berbanding umat Nabi SAW malah Nabi Musa mohon kepada Allah supaya menjadi umat Nabi kita SAW.


Langit ketujuh jumpa Nabi Ibrahim.


Mula-mula difardukan 50 waktu.Nabi Musa suruh Nabi SAW minta kurang dengan Allah sampai jadi 5.Umat Nabi Musa difardukan solat 2 rakaat waktu pagi, 2 rakaat tengah hari dan 2 rakaat waktu malam.


Nabi lihat Allah sebanyak 10 kali dalam Israk Mikraj.Nabi Musa minta lihat Allah tapi tak dapat.

Wednesday, September 2, 2009

Antara ilmu bermanfaat ialah ilmu tasawuf

Dalam sebuah hadis sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Kelebihan orang yang alim atas orang yang ‘abid itu seperti kelebihanku atas sekurang2 laki2 daripada sahabatku”.

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Hasan Sohih.

Dan yang dimaksudkan dengan orang yang alim itu iaitu orang mengetahui ilmu tariqat dan ilmu hakikat.Dan yang dimaksudkan dengan orang yang ‘abid itu iaitu orang yang mengetahui ilmu syariat jua yakni ilmi fiqah.Kerana orang yang jahil akan ilmu itu tiada dinamakan ‘abid kerana ibadatnya itu tiada sah melainkan dengan ilmu.Dan telah maklum bahawasanya ilmu tariqat dan hakikat itu terlebih darjatnya daripada ilmu fiqah dan ilmu usuluddin seperti yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali ra di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran.

Dan hasil daripada perkataan Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang bernama Jawahirul Quran bahawasanya ilmu tariqat dan suluk itu dinamakan ilmu tasawuf iaitu terlebih tinggi dan terlebih mulia daripada ilmu fiqah dan ilmu kalam iaitu ilmu usuluddin.Dan yang terlebih tinggi dan mulia daripada segala ilmu itu ialah ilmu ma’rifat billah dan dinamakan ilmu hakikat.

Adapun ilmu tariqat dan suluk itu ialah jalan kepada mengetaui ilmu hakikat itu iaitulah dinamakan “al-ilmu an-Nafi’”.Yakni ilmu yang memberi manfaat di dalam akhirat dan dinamakan pula akan dia ilmu batin.

Kata al-Arif BILLAH Sayyid Abdullah b Alwi al-Haddad ra di dalam kitabnya yang bernama “al-Fushulul Al-Ilmiyah Wal Usulul Hukmiyah”:

“Kemudian daripada itu bahawasanya apabila engkau tilik kepada barang yang dikarang oleh Aimmatuddin yakni ulama ahli sufi, iaitu daripada segala kitab yang memberi manfaat pada agama di dalam akhirat nescaya tiada engkau lihat akan suatu daripadanya yang terlebih menghimpunkan bagi segala ilmu yang memberi manfaat itu daripada segala kitab Imam Hujjatul Islam al-Ghazali ra, iaitu seperti kitab Ihya Ulumiddin dan Arba’in fil Usul dan Minhajul ‘Abidin dan Bidayatul Hidayah.Dan hal ini diketahui oleh orang yang memikirkannya dan melihat di dalamnya itu daripada ahli haq dan ahli insaf yakni orang yang adil dan orang yang mempunyai mata hati dalam agama.Dan tiada ingkar akan demikian itu melainkan orang yang dungu lagi jahil atau ulama rasmi mutajahil(pura2 tidak tahu) iaitu ulama zahir yang telah memperdaya akan dirinya dan lalai ia daripada tempat kembalinya(negeri akhirat).Maka mudah-mudahan Allah Taala dengan anugerahNya memberi ilham akan kita akan petunjukNya dan memeliharakan akan kita daripada kejahatan diri kita dan daripada kejahatan amalan kita.Dan tiada daya daripada menjauh maksiat dan tiada kuat pada berbuat taat melainkan dengan pertolongan Allah Taala jua”.

Dan kata Syeikh Ibnu ‘Abbad ra di dalam syarah Hikam ia naqal daripada Ibnu ‘Athaillah ra:
“Ketahui olehmu bahawasanya kelebihan ilmu yang berulang2 di sebut di dalam Quran yang mulia dan di dalam hadis Nabi SAW hanya sesungguhnya yang dimaksudkan dengan dia itu iaitu ilmu yang memberi manfaat yang menyertai akan dia takut akan Allah Taala dan melengkapi akan dia itu haibah kepada Allah Taala seperti firman Allah Taala (dalam surah Fathir:28) : “Hanyasanya mereka yang takut akan Allah Taala itu iaitu daripada hambaNya yang ulama”.Maka menyatakan Ia akan bahawasanya takut itu melazimkan akan ilmu dan difaham daripada ini bahawa ulama itu hanyasanya mereka itulah orang yang takut akan Allah Taala.Dan demikian lagi firman Allah Taala(dalam surah al-Qashash:80) : “Dan berkata mereka yang mempunyai ilmu”.Dan firman Allah Taala(dalam surah Thaha:114): “Kata olehmu ya Muhammad tambahi olehMu wahai Tuhanku akan ilmuku”.Dan demikian lagi sabda Nabi SAW : “Bahawasanya segala malaikat itu merendahkan akan sayapnya itu kerana membesarkan orang yang menuntut ilmu”. Dan sabda Nabi SAW: “Ulama itu mempusakai akan anbia”.Dan sabda Nabi SAW : “Orang yang menuntut ilmu itu telah mengakui(menjamin) oleh Allah Taala dengan rezekinya”.

“Maka hanya sesungguhnya yang dimaksudkan dengan ilmu pada segala tempat ini, yakni pada segala ilmu yang tersebut di dalam Quran dan segala yang tersebut di dalam hadits Nabi SAW itu iaitu semuanya dikehendaki dengan dia itu ilmu yang memberi manfaat pada agama dan di dalam akhirat.”

Dan dari kerana inilah kata Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili ra: “Barangsiapa yang tiada masuk mengetahui di dalam ilmu ini yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yang besar pada hal tiada ia mengetahui akan yang demikian itu”.

Dan lagi kata Syeikh Ibnu ‘Abbad ra dalam Syarah Hikam: “Dan segala ilmu ini yakni ilmu tasawuf, iaitulah sayugia bagi seseorang bahawa mengkaramkan(menghabiskan) di dalam menuntutnya akan umurnya yang lanjut itu dan jangan ia merasa memadai daripadanya dengan banyak dan jangan memadai ia dengan sedikit.Dan ilmu yang lain daripada ilmu tasawuf ini terkadang tiada ia berkehendak kepadanya dan terkadang memberi mudharat ia akan orang yang mempunyai ilmu itu pada mengekali ia atasnya dan bahawasanya telah minta peliharakan Rasulullah SAW dengan Allah Taala daripada ilmu yang tiada memberi manfaat itu seperti yang tersebut di dalam hadis yang masyhur daripadanya iaitu sabda Nabi SAW: “Aku minta peliharakan dengan Allah Taala daripada ilmu yang tiada memberi manfaat”.

Dan lagi kata Syeikh Ibnu Abbad ra: “Dan ketahui olehmu bahawasanya telah dating di dalam Quran dan hadis Nabi SAW beberapa banyak daripada kelebihan ilmu dan ulama yang tiada dapat dihinggakan akan banyaknya.Dan tiada diharap hasil yang demikian itu melainkan bagi orang yang sahih(benar) niatnya.Dan benar niatnya pada demikian itu bahawa adalah qasadnya(tujuannya) di dalam menunutut ilmu itu iaitu kerana menuntut keredhaan Allah Taala dan kerana mengamalkan akan dia pada barang yang memberi manfaat padanya di dalam akhirat dan kerana mengisyaratkan yakni menghendaki ia keluar daripada kelam jahil kepada nur ilmu.Maka inilah niat yang sahih yang dipuji atas kesudahannya itu di dalam akhirat dan diambil faedahnya itu di dalam dunia untuk memperbuat ibadat.Yakni disegerakan akan faedah ilmu itu di dalam dunia dengan berbuat ibadat dan ditangguhkan faedah ilmu itu di dalam akhirat dengan beberapa pahala”.

Syeikh Yusuf an-Nabhani

ٍٍImam al-Qadhi Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin Ismail bin Muhammad Nashiruddin an-Nabhani dilahirkan pada tahun 12g5H / 1849M di Ijzim, Palestine. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang amat mementingkan urusan dan ilmu agama. Ayahandanya adalah seorang ulama sholeh yang hafal al-Quran. Di antara wirid ayahandanya tersebut adalah mengkhatamkan al-Quran 3 kali khatam setiap minggu. [... Allahu ... Allah, mana muka yang menolak ulama kerana kononnya nak merujuk terus kepada al-Quran, cuba ditanya berapa kali khatam al-Quran seminggu?]
Di bawah asuhan ayahandanya, beliau telah menghafal al-Quran dengan baik. Dalam usia 17 tahun, beliau dihantar oleh ayahandanya ke Mesir untuk meneruskan pengajian di Universiti al-Azhar asy-Syarif yang masyhur. Di Mesir beliau belajar dengan ramai ulama terkemuka, antaranya Syaikhul Masyaikh Ustadzul Asaatidzah al-'Allaamah Syaikh Ibrahim as-Saqaa asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Sayyid Muhammad ad-Damanhuri asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Ibrahim az-Zurru al-Khalili asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Ahmad al-Ajhuri adh-Dharir asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh Hasan al-'Adawi al-Maliki, al-'Allaamah Syaikh Sayyid 'Abdul Hadi Naja al-Ibyari, Syaikhul Azhar al-'Allaamah Syaikh Syamsuddin Muhammad al-Anbabi asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh 'Abdur Rahman asy-Syarbini asy-Syafi`i, al-'Allaamah Syaikh 'Abdul Qadir ar-Raafi`ie al-Hanafi ath-Tharablusi, al-'Allaamah Syaikh Yusuf al-Barqawi al-Hanbali dan ramai lagi untuk disenaraikan. Setelah tamat pengajian di al-Azhar dalam bidang Syariah, beliau kembali ke Ijzim. Di samping berdakwah dan mengajar, beliau tetap belajar kepada para ulama yang ada di merata tempat, antaranya dengan Syaikh Mahmud Effendi Hamzah.
Sepanjang kariernya, Syaikh Yusuf pernah menjawat jawatan-jawatan seperti Qadhi Besar atau Ketua Hakim di Ladhiqiyya, Palestine, Ketua Hakim bagi al-Quds, Palestine dan akhirnya menjadi Ketua Hakim Beirut, Lubnan sehinggalah bersara. Setelah bersara beliau menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah dan menetap lama di negeri kekasihnya, Junjungan Nabi SAW, Kota Madinah al-Munawwarah. Dalam kesibukannya, beliau masih sempat untuk menulis dan karya tulisannya yang ilmiah dan berbobot amatlah banyak meliputi berbagai bidang ilmu termasuklah ilmu hadits, sirah Junjungan Nabi SAW, ilmu sanad dan tafsir.