Thursday, July 2, 2009

Syeikh Judah Ibrahim r.a

Manaqib Syeikh Judah Ibrahim r.a(datuk kepada Dr. Judah al-Mahdi an-Naqsyabandi)

Dilahirkan di Kampung al-Aziziyyah di markaz(barangkali mukim kalau di Malaysia) Mania al-Qamh dalam negeri asy-Syarqiyyah.Tarikh lahirnya ialah 30 Sya'ban 1264 Hijriyyah.Maka bersinarlah dunia dan terang benderanglah langit dengan kelahirannya.Bagaimana tidak sedangkan beliau adalah syarif daripada keturunan Nabi Muhammad SAW.

Bapanya bernama Sayyidi Ibrahim bin Sayyid Mustafa Judah r.a.Nasabnya sampai kepada Qutub pertama iaitu Maulana al-Imam al-Hasan bin Sayyidina Ali Karamallu Wajhah wa radyiallahu anhuma fid darain. Amin.

Ibunya yang mulia bernama Sayyidah Syammah yang bersambung nasabnya sampai kepada Maulana al-Imam al-Husain cucu penghulu sekalian alam Rasulullah SAW.

Selepas selesai Syeikh Judah r.a menghafaz al-Quran beliau menyambung pengajiannya ke al-Azhar asy-Syarif untuk bergabung dengan barisan para ulama'.Beliau telah menghimpunkan antara ilmu zahir dan batin atau ilmu syariat dan hakikat.Beliau mahir dalam Ulum Quran, Hadis dan bertafaqquh dalam mazhab Maulana al-Imam asy-Syafi'i r.a.Maka beliau menjadi hujjah dan pakar dalam mazhab.

Beliau bertalaqqi dengan ulama' dan masyaikh al-Azhar seperti Syeikh Muhammad al-Ashmuni(wafat tahun 1321H)ulama' dalam bidang aqli dan naqli Syeikh Muhammad al-Khudhori ad-Dumyati(wafat tahun 1298H) serta Syeikh Ibrahim as-Saqa(wafat tahun 1298H).

Syeikh kami ini r.a cemerlang dalam ilmu Turuq al-Ahadis, Jarah dan Ta'dil serta takhrij hadis daripada kutub sittah(kitab hadis yang enam).Ilmunya dalam bidang hadis akan kami terangkan kemudian.

Demikian juga Syeikh Judah r.a hujjah dalam Ulum Arabiyyah seperti Nahu, Sorof, Ma'ani, Bayan, Badi', Syair dan Perumpaan Arab.Beliau juga mahir dalam Ulum Aqliyyah seperti ilmi Kalam dan Mantiq.

No comments:

Post a Comment