Friday, July 3, 2009

Isu pusat sembelihan babi di Alor Setar

Operasi Pusat penembelihan babi di Kampung Berjaya,Alor Setar tamat pada hujung Jun.Demikian dimaklumkan Menteri Besar,Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Menurut beliau,perkara itu sebagaimana janji yang diberikan oleh dua wakil dari persatuan berkenaan melalui pertemuan di pejabat beliau dan turut dihadiri bersama Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik(DAP).

"Sehari sebelum tarikh diroboh(tempat penyembelihan),mereka meminta tangguh sebulan untuk mereka bersiap tempat lain dan mereka telah kenalpasti tempat itu.Atas dasar itu saya bersimpati dengan mereka dan saya telah merayu kepada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar(MBAS) dan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya beri peluang kepada mereka sebulan lagi.

"Saya difahamkan mereka mencari tempat di perkampungan Siam di Pendang,"jelas Menteri Besar pada sidang media selepas merasmikan penutup Program Gotong-royong Perdana di Guar Chempedak 25 Jun lalu.

Tambahnya lagi keperluan di Kedah hanya 40 babi sehari tetapi mengikut laporan yang diterima beliau sembelihan dilakukan sehingga 120 babi sehari.Oleh itu katanya baki 80 babi lagi bukan untuk keperluan di Kedah tetapi pihak lain.

Ditanya kemungkinan pihak berkenaan gagal berpindah selepas tarikh terbabit katanya hal itu terserah kepada pihak MBAS.

Tegasnya,bukan beliau memberi tarikh dalam rundingan yang dibuat itu sebaliknya pihak persatuan sendiri menetapkannya.

No comments:

Post a Comment