Saturday, July 4, 2009

Organisasi Dewan Ulama PAS Pusat 2009-2011

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulama PAS Pusat kali pertama sesi 2009-2011, 24 Jumada Al-Akhir 1430 bersamaan 18 Jun 2009 lalu telah memilih Ustaz Haji Muhamad Zain bin Abdul Rahman sebagai setiausaha dan bekas speaker Kerajaan Terengganu, Dato' Husain bin Awang sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya dewan itu.

Tiga penolong setiausaha turut dilantik, mereka ialah Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof, Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin dan Dr. Ustaz Haji Shahbudin bin Ngah. Mesyuarat juga mengekalkan Ustaz Haji Nik Muhamad Zawawi bin Haji Salleh sebagai ketua penerangan dan bendahari diamanahkan kepada Ustaz Haji Khairuddin bin Razali.

Seramai sembilan orang ahli jawatan kuasa tambahan turut dilantik. Mereka ialah Ustaz Haji Jaliluddin bin Abdul Wahid, Ustaz Haji Soid bin Md. Amin, Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik, Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail, Ustaz Haji Mokhtar bin Senik, Ustaz Haji Mustafa bin Shaari, Ustaz Haji Zolkharnain bin Abidin Al-Hafiz, Ustaz Nor Najhan bin Mohd Salleh dan Ustaz Mohd Khairi bin Zainuddin.

Terdahulu, pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-48 yang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor, seramai dua belas orang ahli jawatankuasa kerja telah dipilih oleh perwakilan.

Mereka ialah bekas ketua dewan itu, Dato' Ustaz Haji Mohamed bin Daud Al-lraqi, Dato' Ustaz Haji Hassan bin Mohamad, YB. Ustaz Haji Mohamad Mustaffa, Ustaz Haji Salleh Sani Harun Al-Hafiz, Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak, Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah, Ustaz Haji Abdul Ghani bin Shamsuddin, Ustaz Haji Ismail bin Noh dan Ustaz Abdullah bin Husain.

Pada pemilihan itu, YB. Dato' Ustaz Haji Harun Taib menang tanpa bertanding sebagai ketua dewan ulama. Bagi jawatan timbalan dan naib juga, masing-masing disandang oleh YB. Dato’ Ustaz Haji Ahmad bin Yakob dan Dato' Dr Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad. Mereka menang tanpa bertanding.

Berikut senarai penuh AJK DUPP 2009-2011:
AHLI JAWATANKUASA KERJADEWAN ULAMAK PAS PUSATSESI 2009-2011
Pengerusi TetapUstaz Hamdan bin Mohamad
Timbalan Pengerusi TetapUstaz Abdul Manaf bin Othman
KetuaYB. Dato' Ustaz Haji Harun bin Taib
Timbalan KetuaYB. Dato' Ustaz Haji Ahmad bin Yakob
Naib KetuaDato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad
SetiausahaUstaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman
Penolong Setiausaha 1Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof
Penolong Setiausaha 2Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin
Penolong Setiausaha 3Dr. Ustaz Haji Shahbudin bin Ngah
BendahariUstaz Haji Khairuddin bin Razali
Ketua PeneranganUstaz Haji Nik Muhammad Zawawi bin Hj. Salleh
Ketua Pengarah PilihanrayaDato' Ustaz Haji Husain bin Awang
Ahli Jawatankuasa Kerja:
Dato' Ustaz Haji Mohamed bin Daud Al-lraqi
Dato' Ustaz Haji Hassan bin Mohamad
YB. Ustaz Haji Mohamad bin Mustaffa
Ustaz Haji Salleh Sani bin Harun Al-Hafiz
Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak
Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah
Ustaz Haji Abdul Ghani bin Shamsuddin
Ustaz Haji Ismail bin Noh
Ustaz Abdullah bin Husain
Ustaz Haji Jaliluddin bin Abdul Wahid
Ustaz Haji Soid bin Md. Amin
Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik
Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail
Ustaz Haji Mokhtar bin Senik
Ustaz Haji Mustafa bin Shaari
Ustaz Haji Zolkharnain bin Abidin Al-Hafiz
Ustaz Nor Najhan bin Mohd Salleh
Ustaz Mohd. Khairi bin Zainuddin
Pemeriksa Kira-kira 1Ustaz Ibrahim bin Omar
Pemeriksa Kira-kira 2Ustaz Mohd Noor bin Din

No comments:

Post a Comment