Monday, July 20, 2009

Maahad Tarbiah Islamiah Derang

MTID diasaskan oleh Almarhum Syeikh Niamat Yusoff.

Beliau merupakan Syeikhul Maahad yang pertama.

Beliau telah kembali ke rahmatulah pada13 Rejab 1425.

Maahad Tarbiah Islamiah Derang yang ditubuhkan pada

1980 adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang

berasaskan falsafah pendidikan Islam yang tulen.

Kelahirannya adalah bertitik tolak dari kesedaran untuk

mengembalikan nilai-nilai syakhsiah Islam ke dalam diri

generasi hari ini, yang bakal mewarisi kedudukan umat

Islam di masa akan datang.


FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan adalah suatu usaha berterusan kearah

memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu, berteraskan Islam,

iman dan ihsan, bersumberkan Al Quran dan

Al Sunnah untuk melahirkan insan rabbani sebagai

hamba dan khalifah Allah yang berketrampilan,

berkesanggupan dan berkeupayaan membangunkan

diri dan masyarakat demi untuk mencapai kebahagian

didunia kesejahteraan di akhirat.


MISI

Memulakan pendidikan dengan keikhlasan atau dalam

lain perkataan belajar untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Mengutamakan ciri-ciri keberkatan dalam penyampaian

dan suasana pembelajaran.

Pengasingan di antara penuntut lelaki dan perempuan

di dalam segala hal dan kegiatan.

Mengutamakan adab dan disiplin ilmu ketika pendidikan

dan pengajian sedang berjalan.

Subangan Jariah Anda Diperlukan

MTID dalam usaha membangunkan banggunan pejabat

dan kelas-kelas tambahan yang mana memerlukan

perbelanjaan sebayak RM300,000.

Sumbangan anda dialu-alukan.

Sumbangan boleh terus dibuat kepada Bank Islam

Malaysia Berhad, Alor Star,

Akaun no 2011010000448 atas nama MAAHAD

TARBIAH ISLAMIAH atau hubungi Tel: 04–714 3643

untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment