Tuesday, August 25, 2009

Pesanan Jibril Kepada Nabi Muhammad SAW

Pada suatu hari, seorang sahabi yang mulia,Abd Rahman b Aur ra melihat Rasulullah saw bersujud lama sekali di dalam kebun kurma.Lalu Abd Rahman b Auf berdiri menantikannya sampai Rasulullah saw mengangkat kepalanya dari sujudnya, dan kemudian dia berkata, "Ya Rasulallah, engkau bersujud lama sekali sehingga aku mengira Allah Taala mencabut rohmu. Mengapa engkau melakukan hal yang demikian?"
Rasulullah SAW menjawab,"Ya Abd Rahman, Jibril telah datang kepadaku, lalu ia berkata, "Allah As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan menyatakan juga siapa yang berselawat kepadamu Aku akan berselawat kepadanya." Lalu aku bersujud atas syukurku kepada Allah."
Maka perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas Nabi junjungan pada bulan Ramadhan ini.Dan siapa yang berkesempatan untuk menuanaikan haji atau umrah nanti jangan lupa untuk beristighasah dan bertawassul kepada Allah dengan kedudukan Baginda di sisiNya untuk mendapat hajat dunia dan akhirat.

Monday, August 24, 2009

Usul pertama Imam Hassan al-Banna

“Islam adalah cara hidup yang syumul meliputi seluruh kehidupan, maka ia adalah Negara dan tanah air ataupun kerajaan dan rakyat.Ia juga akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan.Ia juga thaqafah dan qanun atau ilmu dan perundangan.Ia juga kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan.Ia juga jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan pemikiran.Sebagaimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih”.

Usul ini adalah berkenaan hakikat penting daripada hakikat2 Islam iaitu “kesyumulan Islam meliputi seluruh kehidupan”.Hakikat ini terang-terangan diketahui oleh orang yang mempunyai kesedaran dan pemahaman tentang Islam.Dalil2 syumulnya Islam daripada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya tidak terhitung banyaknya.

Namun begitu, perkara ini dipandang amat ganjil di sisi masyarakat Islam sewaktu Imam al-Banna menyatakan seruannya ini.Hatta di Negara kita pun terdapat orang yang memperlekehkan hokum Islam sehingga terdengar suara yang mengatakan perkataan politik mestilah dibuang atau diletak di luar pagar masjid.

Malah dipandang ganjil oleh sebahagian pertubuhan Islam yang menganggap Islam hanya juzuk tertentu seperti ibadah khusus sahaja.Dipandang ganjil oleh parti politik secular yang memisahkan agama daripada siasah dan menganggap kedua-duanya(yakni politik dan agama) tidak boleh bersatu.Sedangkan Imam al-Ghazali menyatakan dalam Ihya’ Ulumiddin: “Kerajaan dan agama adalah kembar.Agama adalah usul dan sultan adalah pengawal agama.Sesuatu yang tidak ada asal akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal maka akan rosak”.

Prinsip kesyumulan Islam juga dipandang ganjil oleh masyrakat awam muslimin dan para pemerintah kerana jauhnya kehidupan mereka daripada mutiara Islam yang sebenar.Malahan ia dipandang ganjil oleh sebahagian ulama’ sedangkan dalil2 kesyumulan Islam terang-tengan berada di tangan dan di depan mata mereka.

Di tengah2 keganjilan ini Imam asy-Syahid menerangkan hakikat ini dan menyeru umat Islam melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin.Beliau cuba menjadikan teori kesyumulan Islam sesuatu yang praktikal dalam reality masyarakat.Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menetapkan perkara ini dalam jiwa muslimin dan menerimanya sebagai satu manhaj hidup.

Sesiapa yang memerhatikan suasana masyarakat pada waktu itu dapatlah mengetahui nilai usul ini.Antaranya ialah pemikiran secular menyelinap masuk ke dalam minda sebahagian pelajar universiti, penulis dan ahli sastera.Pemikiran ini bersarang dalam pemikiran mereka dan berkembang sehingga mereka mengingkari kesyumulan Islam dan jadilah Islam itu terbatas dalam ruang lingkup ibadah khusus.Tiada lagi hubungan Islam dengan siasah dan hokum serta ekonomi dan kemasyarakatan dan seluruh aspek kehidupan yang lain.Maka dating Imam asy-Syahid menggerakkan umat Islam dan menjelaskan kepada mereka supaya mereka bangun,bergerak dan mengamalkan Islam sepenuhnya dari sekecil2 siwak hingga kepada jihad.
(akan bersambung)



Mungkin ramai tak berkesempatan untuk mendengar pengajian seorang tokoh yang cukup disegani keilmuannya. Beliau adalah Fadhilat al-Syaikh Dr. Ali Jum`ah.


Saya mengajak para pendengar yang cukup tebal dengan pegangan "Hadith Dhaif adalah ditolak" mendengar ucapan ulama besar. Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.Cuma maaf sebab pengajian ini dalam bahasa Arab tanpa alih bahasa.


Tapi kawan-kawan yang terkesan dengan al-Wahhabiyyah insyaallah pandai berbahasa Arab kerana mereka mampu untuk terus mencari hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah di samping untuk mengkaji darjat sesuatu hadith sebagaimana yang diceburi oleh para mujtahid sahaja satu ketika dahulu.


Maaf pada semua kalau tak bersetuju dengan tindakan saya yang banyak membincangkan kecelaruan Salafiah atau Wahabiah. Saya merasakan peri pentingnya kita membersihkan cara pemikiran muslim agar bertepatan dengan disiplin ilmu Islam yang murni. Maaf sekiranya saya menyatakan satu kesimpulan bahawa:masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian.


************Agar faedah ucapan Mufti Mesir ini dapat dinikmati oleh seluruh pembaca, saya telah membuat beberapa kesimpulan daripada kalam beliau.Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat saya paparkan para saudara pembaca hasil daripada syarahan Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah (Mufti Kerajaan Mesir) di atas:


1) Meninggalkan seluruh hadith dhaif adalah BID`AH yang tidak pernah dibuat oleh umat Islam sebelum ini.

2) Hadith Dhaif boleh digunakan dengan beberapa syarat:
• Hadith tersebut tidaklah disandarkan kepada Rasulullah (kita tidak boleh menyatakan bahawa matan hadith tersebut adalah kalam Rasulullah secara yakin 100% kerana hadith tersebut tidak mencapat tahap hadith Sahih atau Hasan)
• Hadith Dhaif tersebut tidak boleh terlalu dhaif
• Tidak ada hadith lain yang membicarakan sesuatu bab melainkan hadith dhaif tersebut.
• Hadith Dhaif tersebut tidak bercanggah dengan perkara-perkara pokok dalam agama Islam
• Hadith Dhaif tersebut adalah digunakan hujah dalam Fadha`il A'mal

3) Fikrah yang dipegang oleh golongan Wahabi hasil daripada idea Syeikh Albani yang mahu agar hadith dhaif dibuang di dalam tong sampah adalah satu pandangan yang BID`AH.

4) Hujah bahawa tokoh ulama berikut menolak hadith dhaif adalah salah sama sekali. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah:

• al-Imam al-Bukhari: Beliau sendiri mengarang beberapa buku dan memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam buku-buku tersebut seperti kitab al-Adab al-Mufrad.
• Abu Syamah al-Maqdisi: Beliau telahpun mengarang satu buku yang berjudul al-Bahis `Ala Inkar al-Bida' Wa al-Hawadith (الباعث على إنكار البدع والحوادث) telah menggunakan hadith dhaif ketika berhujah.
• Ibnu Hazm al-Zohiri: Kitab al-Muhalla yang dikarang oleh beliau penuh dengan hadith-hadith yang dhaif.
• Abu Bakr bin al-Arabi: Beliau telah berhujah dengan menggunakan hadith dhaif di dalam kitab beliau Ahkam al-Qur`an.

5) Golongan Wahabi berhujah bahawa al-Imam Muslim menyatakan di dalam muqaddimah kitab beliau iaitu Sahih Muslim bahawa hadith dhaif tidak boleh dipakai sama sekali. Dr. Ali Jum`ah mempersoalkan golongan Salafi/Wahabi mengapa mereka hanya berpegang dengan kalam al-Imam Muslim ini sahaja dan menolak pandangan ribuan para ulama yang lain yang membenarkan berhujah dengan hadith Dhaif. Bagi Dr. Ali Jum`ah, ini tidak lain dan tidak bukan kerana pandangan al-Imam Muslim bertepatan dengan hawa nafsu mereka.
6) Hadith Dhaif adalah diperlukan dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Contohnya kita memerlukan:

• Hadith dhaif yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di kalangan kamu apabila dia bekerja, dia bekerja dengan penuh tekun.
• Hadith dhaif yang bermaksud: Bersihkanlah halaman rumah kamu semua.
7) Antara contoh hadith dhaif yang digunakan sebagai dalil dalam hukum sesuatu perbuatan adalah seperti hadis yang bermaksud: Rasulullah Sallalahu `Alaihi Wasallam melarang daripada menjual hutang dengan bayaran hutang.yang bermaksud: Setiap hutang yang menyebabkan terhasilnya sebarang keuntungan, maka ia adalah riba
8) Orang yang cuba untuk menyebarkan fahaman bahawa hadith dhaif adalah ditolak sama sekali adalah orang yang jahil.
9) Syeikh Albani telah melakukan pelbagai kesilapan dalam manhaj hadith. Berikut adalah kesilapan beliau:
• 86% daripada pandangan Syeikh Albani terhadap martabat hadith-hadith Rasulullah adalah berubah sama sekali daripada pandanganya yang awal. Sekejap beliau mengatakan bahawa hadith tertentu adalah dhaif kemudia beliau menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Ada hadith yang pada awalnya beliau hukumkan sebagai hadith sahih namun akhirnya beliau menyatakan hadith tersebut adalah dhaif.
• Syeikh Albani telah mempertikaikan al-Bayhaqi, al-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Bukhari dan al-Muslim. Namun akhirnya beliau sedar bahawa beliau telah tersilap.
• Syeikh Albani menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir adalah hadith yang dhaif kerana Abu al-Zubayr adalah seorang Mudallis. Apabila orang mempertikaikan kenyataan Syeikh Albani dengan menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir ada di dalam Sohih Muslim, Syeikh Albani menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan Rijal (orang-orang tertentu). Akan tetapi beliau menghukum pula hadith tersebut sebagai hadith yang sahih.
10) Al-Imam al-`Iraqi tidak langsung menyatakan bahawa kitab al-Ihya' yang dikarang oleh al-Imam al-Ghazali adalah haram. (Kitab Ihya' Ulum al-Din mengandungi hadith-hadith yang dhaif). Al-Imam al-`Iraqi hanya menyatakan darjat hadith-hadith di dalam Ihya' Ulum al-Din dengan menyatakan bahawa hadith ini Sahih, hadith ini Hasan, hadith ini Dhaif, hadith ini Kadzib. Al-Imam al-`Iraqi sama sekali tidak menyatakan kepada kita bahawa Jangan Membaca Kitab Ihya' Ulum al-Din.
******
Inilah beberapa kesimpulan yang saya dapat petik daripada kalam tokoh ulama al-Azhar yang disegani ini. Semoga bermanfaat buat seluruh pembaca.

Sunday, August 23, 2009

Dato' Fadzil Noor






Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).




Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.




Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).




Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).
Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.




Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan memenangi kerusi DUN Anak Bukit.




Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.




Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.




"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Friday, August 21, 2009

Usul 20 Imam Hassan Al-Banna

Imam Hasan al-Banna telah merumuskan rukun2 baiah dengan katanya:

“Rukun baiah kita sepuluh.Peliharalah rukun2 tersebut iaitu: Faham,ikhlas,amal,jihad, pengorbanan, taat, tetap pendirian, tajarrud,persaudaraan dan thiqah.”

Kemudian Imam merumuskan rukun faham kepada 20 usul seperti di bawah:

1. Islam adalah satu system yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup.
2. Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum2 Islam.
3. Iman yang benar,ibadat yang sah dan mujahadah merupakan nur dan kemanisan yang dilontarkan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendakiNya.Kasyaf,mimpi,ilham dan lintasan2 hati bukanlah dalil bagi hukum2 syarak dan tidak diambil kira kecuali dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan hokum dan nas agama.
4. Tangkal,jampi,wada’,ar-ramal,maarifah,nujum dan perkara2 yang seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi kecuali tangkal dan jampi daripada ayat2 al-Quran dan jampi yang ma’thurat.
5. Pendapat imam atau penolongnya dalam perkara2 yang boleh menerima andaian dan dalam perkara2 yang berhubung dengan maslahat mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syarak.
6. Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum.
7. Seorang muslim yang ilmunya belum sampai ke peringkat nazhor (mampu memahami dalil2 hukum) mestilah mengikut salah satu imam dalam Islam.
8. Perselisihan pendapat dalam permasalahan cabang fekah tidak seharusnya menjadi sebab perpecahan dalam agama.
9. Membincangkan masalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong ke dalam perkara takalluf (memberat-beratkan) yang ditegah oleh syarak.
10. Mengenal Allah,mentauhidkannya dan membersihkan Allah daripada segala sekutunya adalah akidah Islamiah yang paling tinggi.Ayat2 al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang berhubung dengan sifat2 Allah hendaklah kita terima dengan tidak melakukan sebarang takwil atau membekukan nas2 tersebut.
11. Setiap bid’ah dalam agama Allah tidak mempunyai asas sandaran.Bid’ah ini wajib diperangi dengan cara yang paling bijak.
12. Bid’ah dengan menambah,meninggalkan dan beriltizam dengan ibadah mutlak merupakan masalah khilafiah dalam ilmu fekah.Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri.Tidak menjadi kesalahan dilakukan penelitian untuk mencari hakikat melalui dalil dan bukti.
13. Mengasihi dan menghormati para salihin berdasarkan amal2 saleh yang mereka lakukan adalah satu sudut daripada qurbah(menghampirkan diri kepada Allah).
14. Walau bagaimana pun,menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan syarat menurut cara yang ma’thur (diterima daripada Rasulullah)
15. Mengiringi doa dengan melakukan tawassul kepada Allah melalui makhluknya adalah masalah khilafiah dalam cara berdoa dan bukan tergolong dalam masalah akidah.
16. Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat mengubah pengertian hakiki dan lafaz2 syarak.
17. Akidah adalah asas amal.Amal hati lebih penting daripada amal anggota zahir.Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal dituntut oleh syarak sekalipun taraf tuntutan itu berbeza.
18. Islam membebaskan akal dan mendorong supaya melakukan penelitian dan pengamatan terhadap alam sekeliling.Islam juga mengangkat kedudukan ilmu dan ulamak.Islam juga mengalu-alukan sesuatu yang bermanfaat.
19. Boleh jadi perkara yang dipersoalkan oleh pandangan syariat berbeza dengan pandangan akal,tetapi syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara yang qat’ie (putus). Oleh itu hakikat ilmiah yang sah tidak akan bercanggah dengan kaedah syarak yang tetap.Perkara2 yang zanni (belum nyata dan putus) dari sudut akal hendaklah ditakwilkan supaya sesuai dengan perkara yang telah qat’ie menurut akal.Begitu juga perkara yang zanni pada syarak hendaklah ditakwilkan dengan perkara yang telah qat’ie menurut syarak.Sekiranya pandangan akal dan syarak masih zanni tentang satu masalah maka pandangan syarak seharusnya diutamakan untuk diikuti sehinggalah pandangan akal dapat membuktikan kebenaran atau gugur sendiri kerana kebatilannya.
20. Jangan kamu mengkafirkan seorang muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah dan menunaikan perkara yang difardukan semata-mata kerana pendapat atau maksiat yang dilakukan kecuali beliau mengakui kalimah kufur atau beliau melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain daripada kufur.